Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBAHASAN UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB

Pemerintah penuhi keperluan masyarakat luas S'pura: DPM Wong

Tidak bertindak berdasarkan kumpulan sosial, kelas sempit atau tiru babi buta model pemerintahan negara lain
Apr 18, 2023 | 05:30 AM



PENDEKATAN memerintah Singapura tidak mudah ditakrifkan berdasarkan spektrum politik tradisional sayap "kiri atau kanan", kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.



Ini kerana pemerintah negara ini sentiasa berusaha memenuhi keperluan dan mendekati masyarakat Singapura yang luas.



Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan sesetengah pihak apakah pemimpin generasi keempat (4G) Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah beralih ke sayap kiri dalam pegangannya.



Dalam ucapannya pada hari pertama perbahasan mengenai Ucapan Presiden Halimah Yacob pada pembukaan Parlimen pada Isnin, Encik Wong berkata jawapan bagi soalan itu "tidak mudah".



Fahaman politik sayap kiri lazimnya menekankan idea seperti kebebasan, kesamaan, hak dan refomasi.



"Ini kerana kami sentiasa berusaha menarik warga Singapura yang luas dan selalu berhati-hati untuk memastikan kesahan kami tidak berdasarkan sebarang kumpulan sosial atau kelas yang sempit.



"Kami juga tidak meniru secara membabi buta model pemerintahan negara lain," ujar beliau.



Encik Wong menarik perhatian bahawa negara yang mempunyai dasar yang lebih memberatkan kebajikan seperti di Eropah mempunyai kadar peruntukan kebajikan yang dibiayai pemerintah lebih tinggi - dengan pemerintah mreka lazimnya membelanjakan lebih 40 peratus hasil dalam negeri kasar.



Ini berbanding hanya 18 peratus di Singapura.



Beliau menambah bahawa negara-negara itu membiayai kadar perbelanjaan yang tinggi dengan mengenakan cukai pendapatan tinggi - lazimnya lebih tinggi daripada 30 peratus termasuk bagi golongan bergaji pertengahan, dengan cukai tambah nilai (VAT) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) antara 20 peratus dengan 25 peratus.



Encik Wong mengatakan sementara pemerintah akan melakukan lebih banyak untuk memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial, ia akan dilakukan dengan berhemah dan disiplin.



"Kami tidak akan melaksanakan model kebajikan universal menyeluruh seperti sedemikian.



"Sebaliknya, kami akan menentukan hala tuju kita sendiri, memegang teguh pada nilai asas kita.



"Sedang kami akan melakukan lebih banyak untuk memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial, kami melakukannya dengan berhemah dan disiplin serta memastikan tidak mengenakan bebanan cukai tinggi untuk semua warga," ujar Encik Wong.



Beliau menambah bahawa kadar cukai untuk golongan bergaji pertengahan jauh rendah berbanding di negara maju lain dan pemerintah akan mengekalkan demikian.



"Lebih daripada itu, kami akan memastikan program kita mencapai hasil lebih baik untuk rakyat kita.



"Malah, kita sudah mencapai lebih baik daripada banyak negara dalam bidang seperti penjagaan kesihatan, pendidikan dan perumahan; mencapai lebih baik bukan sahaja dari segi berapa banyak kita belanja tetapi dari segi hasilnya..." tambah Encik Wong.



Dalam pada itu, Encik Wong menegur pembangkang supaya menyediakan huraian alternatif yang kukuh untuk meningkatkan pendapatan dan bukan hanya idea yang bersifat populis untuk menghakis kepercayaan terhadap pemerintah.



Sedang Singapura berkembang menjadi demokrasi matang, ia bukan sahaja memerlukan pemerintah yang serius tetapi pembangkang yang harus berfikir dengan mendalam apa yang ia akan lakukan sebagai sebuah pemerintah, katanya.



Encik Wong turut menekankan pendiriannya bahawa beliau belum tentunya akan mengambil alih sebagai Perdana Menteri atau mengandaikan bahawa PAP akan memenangi pilihan raya umum seterusnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >