Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah perlu sedia kediaman lebih baik untuk rakyat S'pura

Oct 14, 2022 | 05:30 AM



DENGAN keutamaan masyarakat berubah, pemerintah mesti bekerjasama dengan seluruh masyarakat untuk menyediakan kediaman lebih baik untuk rakyat Singapura, kata Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How.



Ini termasuk membina perkongsian kukuh dengan industri serta penduduk apabila HDB merancang dan mereka bentuk rumah untuk warga Singapura.



"Dengan keutamaan masyarakat berubah, bagaimana dapat kita fikirkan tentang masa depan, bagaimana dapat pemerintah bekerjasama dengan seluruh masyarakat - ini berkaitan dengan kompak sosial antara pemerintah dan rakyat, antara generasi, generasi lalu dan akan datang.



"Perumahan awam adalah bahagian penting kompak sosial ini, dan kami telah memulakan usaha Malakar Hala Tuju Singapura sebagai satu cara meneruskan perbualan dengan rakyat Singapura mengenai masyarakat yang mereka inginkan dan apa yang boleh mereka sumbang, katanya semasa Forum HDB Peak 2022 semalam.



Sebagai pemaju terbesar Singapura dengan lebih 10,000 blok HDB dibina di seluruh Singapura, Encik Tan berkata HDB menyedari tanggungjawabnya untuk berada di barisan hadapan dalam kemampanan dan lebih banyak yang ia boleh lakukan.



Walaupun sektor awam mempunyai rancangan yang berani, Encik Tan berkata HDB sedang berusaha untuk bekerjasama rapat dengan sektor swasta supaya dapat menyesuaikan amalan terbaik dan bekerjasama dengan mereka dalam penyampaian program berlainan.



HDB telah menganugerahkan tender SolarNova yang ketujuh, dan berada di landasan yang betul untuk mencapai sasarannya sebanyak 540 MWp kapasiti solar menjelang 2030.



Antara program yang diterapkan termasuk kerja menaik taraf taman kejiranan terpilih di Toa Payoh, Woodlands dan Pasir Ris di bawah program Membentuk Semula Estet HDB 3.



Di bawah program ini, penduduk dijemput untuk menyumbang karya seni membentuk arca atau panel seni, dan mengambil bahagian dalam aktiviti penanaman pokok sebagai sebahagian daripada kerja-kerja menaik taraf.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >