Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2023

Pemerintah pertingkat lagi skim Baucar GST tetap dan Pakej Jaminan

Feb 15, 2023 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan mempertingkat lagi skim Baucar GST (GSTV) tetap dan Pakej Jaminan sebagai sebahagian usaha membantu warga Singapura mengharungi tempoh yang sukar sekarang, dengan inflasi yang kekal tinggi.



Di bawah skim GSTV yang bertujuan membantu mengurangkan perbelanjaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi warga Singapura berpendapatan rendah hingga pertengahan, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata jumlah wang tunai yang diberikan kepada warga Singapura berusia 21 tahun dan ke atas - dengan pendapatan yang ditaksir (AI) $34,000 dan ke bawah - yang layak akan ditambah hingga $700 pada 2023 dan hingga $850 pada 2024.



Bagi mereka yang tinggal di rumah dengan Nilai Tahunan $13,000 dan ke bawah, jumlah yang mereka terima akan ditambah daripada $500 kepada $700 pada 2023 dan kepada $850 pada 2024.



Bagi mereka yang tinggal di rumah dengan Nilai Tahunan lebih $13,000 hingga $21,000 pula, jumlah yang mereka terima akan ditambah daripada $250 kepada $350 pada 2023 dan kepada $450 pada 2024.



"Peningkatan kepada skim GSTV ini memastikan agar kebanyakan pesara dan isi rumah berpendapatan rendah tidak akan terkesan dek kenaikan GST.



"Seperti yang saya tekankan sebelum ini, di bawah sistem GST kita - termasuk GST dan GSTV - pengguna yang lebih berkemampuan serta warga asing dan pelancong akan menanggung kesan kadar GST yang lebih tinggi berbanding warga Singapura berpendapatan rendah.



"Ini memastikan bahawa mereka yang lebih berkemampuan dapat menyumbang bahagian cukai mereka yang adil dan ini akan mengurangkan beban cukai pada warga Singapura yang berpendapatan rendah dan pertengahan," ujar Encik Wong semasa membentangkan Belanjawan pada Selasa.



Selain peningkatan kepada skim GSTV itu, beliau turut mengumumkan peningkatan kepada Pakej Jaminan yang bertujuan menyediakan sokongan peralihan buat semua warga Singapura mengurangkan kesan kadar GST yang lebih tinggi.



Encik Wong sebelum ini berkata beliau akan menyemak dan mengemas kini pakej itu untuk mengambil kira bagi inflasi yang lebih tinggi.



Dengan semakan itu selesai kini, beliau mengumumkan bahawa bayaran tunai Pakej Jaminan akan ditambah antara $300 dengan $650 bagi warga dewasa yang layak - dengan AI tidak melebihi $100,000 dan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah - bagi baki tempoh pengagihannya.



Bayaran tunai itu diberikan kepada warga berusia 21 tahun dan ke atas yang layak setiap Disember dari 2022 hingga 2026.



Ini bermakna mereka yang layak akan menerima bayaran tunai Pakej Jaminan antara $700 dengan $2,250 dalam tempoh lima tahun.



Sekitar 2.9 juta warga dewasa dijangka meraih manfaat daripada bayaran tunai Pakej Jaminan itu.



Sementara itu, jumlah Baucar CDC yang akan diberikan pada Januari 2024 akan ditambah sebanyak $100.



Ini bermakna setiap isi rumah warga Singapura akan mendapat Baucar CDC berjumlah $300 pada Januari 2024, yang boleh digunakan di gerai penjaja dan kedai kejiranan serta pasar raya yang mengambil bahagian.



Dengan peningkatan kepada skim GSTV dan Pakej Jaminan secara keseluruhan, Encik Wong berkata beliau telah menyediakan bantuan menyeluruh bagi sebahagian besar isi rumah Singapura tahun ini.



"Secara purata, bagi isi rumah berpendapatan rendah, peningkatan ini akan membiayai sepenuhnya kenaikan dalam perbelanjaan mereka disebabkan inflasi dan kenaikan GST.



"Bagi isi rumah berpendapatan pertengahan, peningkatan ini dapat banyak membiayai kenaikan dalam perbelanjaan mereka," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >