Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah semak cara tingkat bantuan ibu bapa jaga bayi

May 12, 2023 | 05:30 AM



PEMERINTAH sedang menyemak cara untuk menghulurkan lebih banyak bantuan kepada ibu bapa dalam menjaga bayi mereka, sedang aspirasi untuk berkahwin dan mempunyai anak kekal kukuh dalam kalangan warga Singapura, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, yang juga Menteri Kedua Kewangan merangkap Pembangunan Negara, Cik Indranee Rajah.



Terdapat peningkatan dalam jumlah perkahwinan warganegara daripada kira-kira 23,400 pada 2021 ke sekitar 24,800 pada 2022, kata Cik Indranee dalam ucapannya di mesyuarat tahunan Persatuan Penduduk Singapura pada Khamis.



Satu lagi aspek yang amat penting dalam menyokong keluarga adalah untuk terus berusaha menjadikan Pengaturan Kerja Fleksibel (FWA) sebagai norma, termasuk menggesa majikan agar melaburkan masa dan usaha membangun keupayaan untuk mereka semula pekerjaan, proses dan operasi perniagaan, sistem dan dasar sumber manusia, katanya.



Cik Indranee menekankan bahawa pemikiran di tempat kerja perlu berubah agar tertumpu lebih kepada hasil daripada jumlah masa yang diluangkan di tempat kerja.



Majikan dan pekerja perlu berbincang bagaimana untuk mencapai keseimbangan kerja-kehidupan.



Jika tidak, majikan tidak akan dapat merekrut dan mengekalkan bakat yang diperlukan, dan peluang bagi pekerja untuk bekerja dan pada yang sama mempunyai keluarga tidak begitu baik, tambahnya.



Garis Panduan Tiga Pihak mengenai FWA akan dilancarkan menjelang 2024, yang menetapkan amalan yang perlu dilakukan majikan supaya dapat mempertimbang dan bertindak balas secara adil kepada permintaan FWA pekerja.



Menyentuh tentang Jumlah Kadar Kesuburan (TFR) yang terus merosot, Cik Indranee berkata:



"Mempelajari daripada pengalaman negara lain yang mempunyai TFR lebih tinggi, satu ruang amat penting yang menjadi keperluan adalah dalam sokongan penjagaan bagi ibu bapa setelah melahirkan anak.



"Kami akan terus mewujudkan lebih banyak tempat prasekolah, supaya ibu bapa mempunyai akses kepada prasekolah yang bermutu dan dimampui."



Cik Indranee turut menggariskan langkah yang Singapura ambil untuk membantu warga menua dengan baik.



Selain memperkasa mereka agar bertanggungjawab dalam menjaga kesejahteraan fizikal serta mental mereka, warga emas boleh terus menyumbang ilmu, kepakaran dan pengalaman.



Prasarana masyarakat dan pilihan perumahan mesra warga emas juga akan dipertingkat, kata beliau.



"Dengan kehidupan yang lebih lama, lebih sihat, peralihan juga patut menjadi norma.



"Individu boleh memilih untuk berehat daripada kerjaya mereka bagi menceburi minat peribadi, meningkatkan kemahiran atau memulakan keluarga pada masa yang bersesuaian dengan mereka," katanya.



Peralihan ini boleh disokong lebih baik dengan lebih banyak langkah berstruktur supaya orang ramai boleh meninggalkan dan memasuki semula tenaga kerja dengan lebih mudah.



"Ini juga akan membolehkan kita untuk bekerja lebih banyak tahun, dengan lebih fleksibiliti, sekiranya kita boleh mengimbangi kewajipan kerja seiring matlamat hidup dengan lebih baik secara berterusan," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >