Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:29
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Pemerintah timbang langkah tambahan demi kawal Covid-19: Lawrence Wong

Jan 21, 2021 | 07:15 PM

PEMERINTAH sedang mengkaji langkah tambahan yang boleh diambil untuk memastikan jangkitan koronavirus di sini terus terkawal, dengan lebih banyak interaksi antara penduduk dijangka sempena cuti umum Tahun Baru Cina bulan depan. 

Langkah yang dilaksana untuk membendung penularan Covid-19 di sini tidak statik dan boleh dilonggarkan atau diketat bergantung pada keadaan, meskipun Singapura kini berada dalam Fasa Ketiga pembukaan semula ekonomi, kata pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) bagi Covid-19, Encik Lawrence Wong. 

Butiran lanjut akan diberikan tidak lama lagi, kata Encik Wong, yang juga Menteri Pendidikan dalam satu wawancara pada Khamis (21 Jan) sempena ulang tahun pertama pasukan bertindak itu ditubuhkan. 

Beliau, bersama Menteri Kesihatan Gan Kim Yong, memimpin pasukan bertindak yang ditubuhkan khas untuk menangani penularan Covid-19 di sini.

Encik Wong menarik perhatian jumlah kes dalam masyarakat yang meningkat baru-baru ini serta kelompok jangkitan setempat baru yang timbul selepas tempoh yang agak lama.

Berita Popular

Tambahnya, ini menunjukkan bahawa koronavirus itu terus menular.

Sementara pemerintah sedang berusaha sedaya upaya untuk mengawal dan mengasingkan kelompok itu, beliau berkata ini antara lain mungkin berpunca daripada musim perayaan hujung tahun, dengan orang ramai berkumpul.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map