Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemilik dua pingat Perang Dunia Kedua dikenal pasti

Feb 15, 2022 | 05:30 AM



APABILA membaca sebuah laporan akhbar bulan lalu mengenai sebuah pameran Perang Dunia Kedua yang sedang berlangsung di Muzium Negara Singapura, pelakon veteran tempatan, Cik Nurijah Sahat dan abangnya Encik Mohamad Sahat terperanjat melihat nama bapa mereka dalam foto laporan itu.



Foto itu menunjukkan dua pingat yang dipamerkan dalam pameran itu yang dimiliki bapa mereka, Allahyarham Sahat Tahir.



Tanpa memberikan butiran lanjut mengenai pingat itu, muzium itu ingin menarik perhatian keluarga itu untuk mengongsi kisah mereka.



Pingat Pertahanan dan Pingat Perang 1939-1945 itu dimiliki bapa mereka yang merupakan seorang Ketua Jurutera yang telah dilantik menyertai Angkatan Simpanan Relawan Laut Diraja Malaya atau Malayan Royal Naval Volunteer Reserve (MRNVR) antara 1936 hingga 1947.



Menurut Encik Mohamad, yang merupakan anak sulung dari perkahwinannya yang ketiga, arwah bapanya ditugas mengendali kapal ronda HMS Panglima, satu daripada dua kapal jenis Motor-Launch yang dikerah menjaga perairan Malaya - kini Malaysia - semasa perang.



Ia berlaku sebelum ia ditenggelamkan Jepun pada 1942 ketika menjalankan operasi evakuasi tentera British dan Australia dari Singapura.



Allahyarham Encik Sahat yang dilahirkan pada tahun 1900 meninggalkan 13 anak daripada tiga perkahwinannya sebelum meninggal dunia pada 1987.



"Bapak seorang anak kapal handal dan berlayar sepanjang hayatnya hingga usia 74 tahun, dan apabila kami mendengar berita tentang pingatnya dipamerkan di muzium negara membawa kebanggaan kepada semua keturunannya!" kata Encik Mohamad, 75 tahun.



Pameran NMS bertajuk Dislocations: Memory and Meaning of the Fall of Singapore, 1942 itu berlangsung hingga 29 Mei dan mengajak warga menyumbang sejarah perang yang diwarisi keluarga.



LAPORAN SELANJUTNYA:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >