Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemilik flat Sers di Ang Mo Kio diberi pilihan unit baru dengan tempoh pajakan 50 tahun

Jul 02, 2022 | 05:25 PM



Pemilik flat yang sedang menjalani Skim Pembangunan Semula Yang Terpilih Secara Berkelompok (Sers) di Ang Mo Kio akan diberi dua lagi pilihan perumahan semula.



Ini bertujuan menangani keprihatinan mereka tentang perlunya mengeluarkan wang tunai bagi flat ganti yang serupa saiznya.



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berkata mereka akan menawarkan penduduk yang terjejas di empat blok HDB di Ang Mo Kio yang akan menjalani Sers flat ganti tiga bilik atau lebih besar di tapak yang ditetapkan sebagai ganti dengan tempoh pajakan 50 tahun jika flat baru itu boleh bertahan hingga pemilik mencapai usia 95 tahun.



Ini merupakan kali pertama HDB menawarkan flat empat bilik dengan tempoh pajakan lebih pendek.



Sebagai alternatif, HDB juga akan menawarkan Skim Beli Balik Pajakan (LBS) kepada mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas di tapak yang ditetapkan sebagai ganti bagi flat yang menjalani Sers itu.



Selepas itu, mereka boleh membeli flat ganti dengan tempoh pajakan pendek, ujar HDB. Di bawah LBS, pemilik flat boleh mengekalkan pajakan yang secukupnya agar flat tersebut dapat bertahan hingga mereka mencapai usia sekurang-kurangnya 95 tahun, dan menjual kembali baki pajakan kepada HDB.



Pemilik flat di Blok 562 hingga 565 Ang Mo Kio Avenue 3 serta pemilik flat di Blok 212 hingga 218 Marsiling Crescent/Lane yang juga berdepan dengan langkah Sers.



Ketua Penyelidikan dan Kandungan PropNex Realty, Cik Wong Siew Ying berkata kededua pilihan akan membantu mengurangkan harga flat penggantian menjadikan ia lebih dimampui.



“Ini sekaligus meredakan keprihatinan beberapa warga emas tentang perlu untuk menokok dana untuk membeli flat baru bagi saiz flat serupa di tapak penggantian. Kami menyokong pilihan tambahan diumumkan dan yakin langkah itu akan terus memastikan perumahan awam kekal dimampui dan inklusif,” ujarnya.



Dari segi cabarannya, Naib Presiden Kanan Kajian dan Analitik Orange Tee, Cik Christine Sun berkata terdapat pilihan terbatas untuk pemilik rumah yang memilih tempoh pajakan 50 tahun, terutama jika mereka berubah fikiran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >