Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemilik mungkin terima antara $1.22j-$2.66j jika Kondo Chuan Park diberi en bloc

Oct 06, 2021 | 05:30 AM



KONDOMINIUM Chuan Park yang terletak di Lorong Chuan telah menjamin mandat sebanyak 80 peratus bagi bidaan penjualan kolektif yang ketiga setelah ia meningkatkan harga simpannya kepada $938 juta, daripada $900 juta.



Ini bermakna pemilik unit seluas 710 kaki persegi akan menerima $1.22 juta manakala pemilik unit 2,045 kaki persegi, mungkin menerima sebanyak $2.66 juta, menurut satu surat pada 13 Julai oleh jawatankuasa penjualan kolektif (CSC) Chuan Park kepada para pemilik, yang dilihat oleh The Straits Times.



Sehingga 4 September, 579 pemilik menyumbang kepada 81.33 peratus daripada jumlah nilai pegangan keseluruhan dan 80.39 peratus daripada kawasan keseluruhan semua lot di Chuan Park yang telah menandatangani perjanjian penjualan kolektif.



Tender en bloc bagi projek pegangan pajakan selama 99 tahun itu akan berakhir pada 18 November pada 3.30 petang.



Chuan Park telah gagal dalam bidaan penjualan pada 2018, dengan harga panduan $900 juta dan kemudian ia diturunkan kepada $820 juta.



"Sejak melancarkan mesyuarat agung khas yang pertama pada awal Oktober 2019, CSC telah menjejaki indeks penjualan tanah dengan gigih, serta perkembangan pasaran hartanah dan apabila pasaran meningkat untuk memastikan respons yang sewajarnya terhadap perubahan ini," ujar CSC Chuan Park, dalam suratnya pada 13 Julai.



"Oleh itu, anda telah melihat kami menyesuaikan harga simpanan daripada awalnya, $820 juta ke $850 juta dan pada awal Mei lalu, kepada $900 juta," tambahnya.



Tetapi CSC telah menaikkan lagi harga panduan kepada $938 juta kerana ia boleh bertahan dan masih dalam lingkungan had pemaju, memandangkan lokasi projek itu serta keadaan pasaran hari ini.



"Langkah Penjualan Tanah Pemerintah terkini amat menggalakkan, khususnya dalam kes tapak perumahan di Ang Mo Kio yang mencapai $1,118 setiap kaki persegi setiap nisbah tapak, hasil yang telah melebihi tawaran sebelum ini di mana harga bagi tapak di luar bandar lazimnya kekal di bawah $1,000 psf," ujar CSC.



Tapak seluas 37,216 meter persegi itu mempunyai nisbah tapak kasar, 2.1 - dengan kawasan lantai yang disarankan, seluas 78,153 meter persegi.



Tapak berkenaan yang terletak berdekatan dengan MRT Lorong Chuan boleh dibangunkan semula kepada 900 unit hingga 919 unit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >