Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemilik restoran The Malayan Council didakwa isytihar palsu gaji pekerja, tipu MOM

Nov 22, 2022 | 05:30 AM



PENGASAS rangkaian restoran yang popular didakwa di mahkamah atas kesalahan mengisytiharkan gaji pekerja dengan palsu dan berbohong kepada Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



Mohamad Hafiz Salim Alkhatib, 37 tahun, menghadapi sebanyak 41 tuduhan di bawah Akta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Asing.



Beliau merupakan pemilik sebuah perniagaan restoran, H. Alkhatib, yang didaftarkan di 22 Dunlop Street.



Alamat itu adalah salah satu cawangan restoran, The Malayan Council.



The Malayan Council adalah restoran yang terkenal dengan hidangan serta kuih-muih fusion Melayu dan Barat.



Ia kini mempunyai sebanyak empat cawangan di Dunlop Street, Bussorah Street, Winstedt Road dan Esplanade Mall.



Hafiz didakwa telah berbohong kepada pihak berkuasa mengenai gaji para pekerja dalam akuan bagi permohonan Pas Pekerja.



Beliau juga menghasut 13 daripada pekerjanya untuk berbohong kepada MOM pada 2019.



Mereka yang terlibat termasuk mereka yang memegang jawatan-jawatan seperti pengurus restoran, penyelia dan eksekutif perkhidmatan pelanggan.



Satu tuduhan melibatkan salah seorang daripada 13 pekerja itu menyatakan beliau membayar pekerja itu kurang $200 setiap bulan berbanding gaji yang diisytiharkan antara Februari dengan Ogos 2019.



Hafiz juga didakwa menghasut Cik Sheikhah Mumtaz Sheikh Mustafa, Pengarah Malayan Council, untuk berbohong kepada pihak berkuasa berkenaan Pas Pekerja sebanyak tiga kali.



Dia juga didakwa telah menggajikan dua lagi pekerja asing tanpa Pas Pekerja pada 2019 di cawangan The Malayan Council yang terletak di Bussorah Street.



Hafiz, yang kini dibebaskan dengan ikat jamin $15,000, telah memberikan wawancara kepada berbilang media sejak 2015 untuk mempromosikan The Malayan Council.



Mengikut rekod mahkamah, isterinya akan melahirkan anak mereka tidak lama lagi. Peguamnya telah memohon penangguhan untuk mendapatkan lebih banyak masa untuk mempersiapkan kes mereka.



Kes itu dijangka didengar lagi pada 27 Disember.



Di atas sabit kesalahan membuat pengisytiharan pekerjaan palsu, tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda sehingga $20,000 bagi setiap tuduhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >