Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemilik restoran Zam Zam berdepan hukuman jel dengan tuduhan ugutan jenayah buat kali kedua

Oct 30, 2020 | 05:30 AM



DIA kini menghadapi hukuman penjara kerana berkomplot mengelar muka pekerja restoran saingannya serta mengugut pekerja itu, selepas dijatuhi hukuman pada Mei lalu.



Kini, pemilik restoran Zam Zam di North Bridge Road itu menghadapi dua lagi tuduhan mengugut seorang lelaki serta membahayakan keselamatannya di North Bridge Road, Sabtu lalu.



Dia didakwa melakukan kesalahan itu semasa dibebaskan dengan ikat jamin sementara menantikan rayuan bagi hukuman yang dikenakan terhadapnya bagi tuduhan sebelum ini.



Zackeer Abbass Khan, 50 tahun, yang didakwa di mahkamah lagi pada 27 Oktober menghadapi satu tuduhan ugutan jenayah, dengan menggertak Encik Amir Norman Halim sekitar 7 malam pada 24 Oktober lalu di 719 North Bridge Road dengan mengatakan:



"Apasal kau gadoh dengan Habeeb? Kalau kau gadoh lagi, aku cocok mata kau.



"Kalau kau sayang family (keluarga) kau, kau kerja elok. Kalau tak, kau tengok aku bunuh kau. Aku tak takut kalau aku bunuh kau.



"Sebab aku dah nak masok dalam. Kalau kau gadoh lagi, dalam dua hari, kau tengok aku bunuh kau."



Sekitar waktu yang sama, Zackeer turut didakwa mengambil tindakan terburu-buru dengan membahayakan keselamatan peribadi Encik Amir Norman.



Dia didakwa membelokkan kereta Toyota Vellfire yang dipandunya ke arah lelaki itu sebelum menekan brek.



Ini menyebabkan Encik Amir Norman berundur bagi mengelak daripada dilanggar.



Rekod mahkamah menunjukkan bahawa Zackeer kini ditahan reman sejak 27 Oktober. Dia tidak ditawarkan ikat jamin.



Dia memberitahu mahkamah bahawa dia tidak melakukan kesalahan itu.



Tambahnya, dia sekadar memandu kenderaannya dan telah disalah tuduh.



Zackeer, yang telah dibebaskan dengan ikat jamin selama lima tahun, juga berkata dia mempunyai lima anak kecil dan anaknya sedang menduduki peperiksaan.



Dia juga berkata dia mempunyai masalah jantung dan baru menjalani pembedahan sekitar sebulan lalu.



Kesnya dijangka didengar lagi di mahkamah pada 24 November.



Mei lalu, dia dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan rotan sebanyak enam kali selepas didapati bersalah mengugut penyelia Victory Restaurant, Encik Liakath Ali Mohamed Ibrahim, dan berkomplot bersama beberapa individu lain untuk mengelar mukanya.



Jika sabit kesalahan melakukan ugutan jenayah, dia boleh dipenjara hingga dua tahun dan didenda.



Jika sabit kesalahan melakukan perbuatan terburu-buru membahayakan keselamatan peribadi seseorang, dia boleh dipenjara hingga enam bulan dan didenda hingga $2,500.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >