Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Wanita pencetus perubahan

Pemimpin kesatuan muda rasa puas laksana tugas yang dapat manfaatkan pekerja lain

Peranan serta sumbangan wanita diiktiraf di peringkat negara dengan tahun 2021 merupakan Tahun Meraikan Wanita SG. Pelbagai cabaran, onak dan duri serta pengorbanan telah dilakukan para wanita dalam usaha mereka membina kerjaya dan pada masa yang sama menguruskan rumah tangga, mendidik anak-anak serta menyumbang kepada masyarakat. Dalam bahagian ketiga siri wanita, BERITA HARIAN meninjau dua lagi wanita yang berusaha gigih untuk mengejar impian bagi menjadi contoh baik kepada anak, dan seorang lagi yang gigih meningkatkan kesejahteraan pekerja lain. 
Oct 05, 2021 | 05:30 AM



APABILA membantu seorang teman mencari barang yang boleh dikitar semula di tempat pembuangan sampah di tempat kerjanya, Cik Nur Akidah Ramad mendapati para pekerja pembersihan berlegar-legar di kawasan itu untuk berehat.



Prihatin dengan keadaan persekitaran mereka yang tidak sempurna, Cik Akidah, yang juga merupakan pemimpin kesatuan, mengutarakan hal itu semasa mesyuarat.



"Pekerja pembersihan juga pekerja dan mereka wajar mempunyai tempat atau bilik khas yang sesuai dan bersih untuk berehat...untuk memberi mereka ruang bersebelahan tempat pembuangan sampah yang agak busuk dan tidak bersih, bukanlah tempat yang sesuai," katanya.



Inilah antara isu yang diutarakan Cik Akidah selaku pemimpin kesatuan di tempat kerjanya.



Meskipun baru berusia 32 tahun, eksekutif penjadualan di sebuah syarikat penyiaran itu bersemangat, menitikberatkan soal kebajikan dan kesejahteraan pekerja lain.



Pada awalnya, beliau tidak begitu minat dengan kerja-kerja kesatuan, tetapi apabila melihat manfaat yang dapat beliau lakukan kepada pekerja lain, Cik Akidah mula sedar akan peranan penting kesatuan sekerja.



"Sebenarnya tugas kesatuan ini amat penting kerana ia menjadi penghubung antara syarikat dan pemerintah. Mungkin ramai yang tidak sedar tetapi sekiranya pekerja mengalami sebarang kesulitan di tempat kerja, mereka boleh mengajukan keprihatinan kepada kesatuan," katanya.



Kini rakan sekerjanya banyak mendekatinya untuk mengongsi isu yang mereka alami di tempat kerja dan bagaimana ia boleh diketengahkan kepada pihak atasan.



Antara isu yang pernah dibincangkan dalam mesyuarat termasuk berkenaan fleksibiliti pekerjaan, tingkah laku pekerja dan kesejahteraan mental pekerja.



Ditanya mengapa beliau mahu memperjuangkan nasib pekerja walaupun beliau masih muda, anak sulung dalam keluarga tiga beradik ini berkata melibatkan diri dalam kesatuan memberikan satu makna yang berbeza terhadap kehidupannya.



"Saya masih mempunyai masa untuk melakukan aktiviti yang saya minati tetapi pada masa yang sama, setiap masa terluang yang saya ada, saya dapat meluangkannya untuk melakukan kerja-kerja bermanfaat dan memberikan manfaat pada orang lain," katanya lagi.



Tambahan lagi, melibatkan diri dalam kesatuan memberinya peluang untuk mengikuti pelbagai bengkel untuk mempertingkatkan diri, sesuatu yang amat digemarinya.



Beliau berpendapat adalah penting untuk sentiasa mempertingkatkan diri terutama dalam dunia yang pesat berubah dan memerlukan kemahiran-kemahiran baru untuk menyesuaikan diri dengan keadaan.




"Sebenarnya tugas kesatuan ini amat penting kerana ia menjadi penghubung antara syarikat dan pemerintah. Mungkin ramai yang tidak sedar tetapi sekiranya pekerja mengalami sebarang kesulitan di tempat kerja, mereka boleh mengajukan keprihatinan kepada kesatuan... pada masa yang sama, setiap masa terluang yang saya ada, saya dapat meluangkannya untuk melakukan kerja-kerja bermanfaat dan memberikan manfaat pada orang lain."
- Cik Nur Akidah Ramad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >