Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin negara lahir penghargaan sempena Hari Jururawat di SG

Aug 02, 2021 | 05:30 AM



PEMIMPIN negara meluahkan penghargaan mereka terhadap para jururawat di sini sempena sambutan Hari Jururawat di Singapura semalam.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyifatkan kejururawatan merupakan satu pekerjaan yang mulia sambil berkata rakyat Singapura perlu menunjukkan penghargaan mereka terhadap pengorbanan yang dilakukan setiap jururawat, sama ada mereka bekerja di hospital mahupun sebagai jururawat masyarakat.



"Sekarang, kita semua tahu betapa sukarnya pekerjaan yang dilakukan oleh jururawat kita di hospital, terutama yang berada di barisan hadapan dalam memerangi pandemik ini.



"Namun, jururawat masyarakat, yang membuat kunjungan dari rumah ke rumah untuk memberikan rawatan jangka panjang kepada pesakit mereka, juga layak menerima ucapan terima kasih," kata Encik Lee dalam catatannya di Facebook.



Menurut Encik Lee jururawat masyarakat berdepan dengan cabaran mereka yang tersendiri. Mereka bukan sahaja menjaga keperluan perubatan pesakit mereka, tetapi juga membantu dengan kegiatan harian seperti membawa mereka ke tandas dan berjalan-jalan.



"Sering kali, mereka juga memberikan sokongan emosi, kerana mereka telah menjadi sebahagian daripada kehidupan pesakit mereka," tambah beliau.



Sementara itu, Presiden Halimah Yacob berkata para jururawat memainkan peranan penting dalam sistem penjagaan kesihatan negara.



Beliau berkata sumbangan mereka amat besar, terutama sepanjang pandemik Covid-19 ini, ketika ramai di kalangan mereka perlu meletakkan nyawa sendiri dan keluarga mereka dalam bahaya.



Dalam pada itu, Puan Halimah turut menekankan bahawa sokongan yang berterusan penting dalam memastikan jururawat di sini dapat melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik dan selesa.



"Sebagai sebuah negara, kita sedang berusaha bersama-sama untuk mencegah pandemik ini. Sistem tiga pihak kami mengadakan perbincangan penting mengenai isu-isu seperti gaji dan keadaan kerja, sebelum masalah besar berlaku seperti mogok.



"Dalam hal ini, Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan memainkan peranan aktif dalam mencari kesejahteraan jururawat kami, dan meningkatkan semangat mereka," kata beliau menerusi catatan di Facebook.



Oleh itu, menurut Puan Halimah lagi, penting untuk negara ini menunjukkan rasa hormat serta sokongan mereka kepada jururawat di sini. Rakyat Singapura juga tidak seharusnya memperlekehkan jururawat dan pengorbanan yang telah mereka lakukan, tambahnya.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad pula berkata komitmen dan profesionalisme para jururawat menjaga golongan sakit, khususnya di tengah-tengah pandemik amat memberi inspirasi.



Menurut Encik Masagos, walaupun dengan pandemik ini, ia tidak mematahkan semangat untuk meraikan wira-wira kejururawatan kita.



"Keghairahan, dedikasi, profesionalisme dan komitmen jururawat dalam menjaga golongan sakit dan lemah, khususnya dalam masa pandemik yang mencabar ini, memberi inspirasi kepada saya," katanya selepas menyertai sambutan Hari Jururawat Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) dalam talian semalam.



Bersependapat Menteri Kewangan Lawrence Wong berkata para jururawat di Singapura telah menunjukkan teladan yang baik, lebih-lebih lagi sewaktu krisis ini.



Menurut beliau, para jururawat masih mampu memberikan khidmat yang terbaik kepada pesakit meskipun perlu bekerja masa yang panjang dan dengan virus yang tidak menentu ini.



"Sudah lebih dari setahun sejak kita mulai memerangi virus Covid-19. Selama ini, kepercayaan kita kepada pekerja penjagaan kesihatan kita untuk menjaga orang yang kita sayangi ketika mereka sakit, tidak goyah," ujarnya.



Meskipun kadang-kala berdepan dengan cabaran sosial seperti dipandang dengan rasa kurang senang oleh sesetengah orang, para jururawat masih cekal melakukan tanggungjawab mereka pekerja barisan hadapan, menurut Menteri Kesihatan Ong Ye Kung.



Menerusi satu rakaman video yang dimuatnaik di Facebook, beliau berkata: "Selama 20 bulan tanpa henti, beban kerja biasa serta menjaga pesakit Covid-19, ia semakin berat. Namun dengan sokongan antara satu sama lain, anda sentiasa bersemangat tinggi dan terus melakukan tugas anda. Ia sangat mengagumkan."




"Sekarang, kita semua tahu betapa sukarnya pekerjaan yang dilakukan oleh jururawat kita di hospital, terutama yang berada di barisan hadapan dalam memerangi pandemik ini. Namun, jururawat masyarakat, yang membuat kunjungan dari rumah ke rumah untuk memberikan rawatan jangka panjang kepada pesakit mereka, juga layak menerima ucapan terima kasih...Sering kali, mereka juga memberikan sokongan emosi, kerana mereka telah menjadi sebahagian daripada kehidupan pesakit mereka."
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.




"Keghairahan, dedikasi, profesionalisme dan komitmen jururawat dalam menjaga golongan sakit dan lemah, khususnya dalam masa pandemik yang mencabar ini, memberi inspirasi kepada saya."
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >