Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COVID-19 DI SINGAPURA

Pemimpin perniagaan lahir rasa prihatin dengan langkah Covid-19 baru

Sep 10, 2021 | 05:30 AM



PEMIMPIN perniagaan melahirkan perasaan prihatin terhadap peraturan pengurusan tempat kerja Covid-19 yang baru, yang menurut mereka, boleh menjejas operasi sekiranya jangkitan baru memaksa kakitangan mereka bekerja dari rumah.



Ada di antara mereka telah mengatakan bahawa peraturan itu mungkin mengganggu operasi, terutama semasa mereka menghadapi krisis kekurangan tenaga kerja.



Selasa lalu, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengeluarkan garis panduan terkini mengenai pengurusan tempat kerja untuk mengekang penyebaran Covid-19.



Di bawah garis panduan baru, syarikat perlu memastikan semua pekerja yang boleh bekerja dari rumah melakukan sedemikian dengan segera selama 14 hari , sekiranya terdapat seorang pekerja diuji positif bagi Covid-19 dan berada di tempat kerja dalam tempoh tujuh hari terakhir.



Ujian berkala untuk kakitangan yang bekerja di lokasi kerja juga akan dilaksanakan.



Meskipun langkah-langkah ini penting untuk membendung penularan kes dalam masyarakat, mereka juga akan mempengaruhi perniagaan, kata pakar.



Pengarah eksekutif Persekutuan Majikan Nasional Singapura (Snef), Encik Sim Gim Guan berkata:



"Keperluan melaksanakan aturan kerja dari rumah selama 14 hari agak mencabar kerana ia memerlukan banyak komunikasi dan juga boleh menjejas perniagaan.



"Jadi, syarikat dan pekerja perlu lebih tangkas dan berdaya tahan."



Syarikat yang mengeluarkan mikrocip juga terkesan, kata pengarah eksekutif Persatuan Industri Semikonduktor Singapura, Encik Ang Wee Seng.



"Industri ini sudah menghadapi masalah tenaga kerja kerana penutupan sempadan dan pengembangan banyak syarikat.



"Ini sudah pasti akan menambah tekanan yang lebih. Syarikat perlu menguruskan waktu kerja mereka dengan berhati-hati untuk mengurangkan risiko penularan yang meluas di dalam syarikat."



Namun begitu, syarikat boleh meneruskan aturan pasukan berasingan.



Contohnya, jika seseorang dari Pasukan A dijangkiti dan pasukan itu harus bekerja dari rumah, mereka yang termasuk dalam Pasukan B dan perlu bekerja di lokasi boleh terus melakukan sedemikian.




"Keperluan melaksanakan aturan kerja dari rumah selama 14 hari agak mencabar kerana ia memerlukan banyak komunikasi dan juga boleh menjejas perniagaan.

Jadi, syarikat dan pekerja perlu lebih tangkas dan berdaya tahan."

- Pengarah eksekutif Persekutuan Majikan Nasional Singapura (Snef), Encik Sim Gim Guan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >