PERBUATAN ngeri anggota kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) memancung kepala seorang wartawan merupakan satu perbuatan yang memalukan Islam, tidak berperikemanusiaan dan perlu mendapat kutukan, kecaman serta ditolak penganut agama itu.
Pemimpin masyarakat setempat dan pemimpin dunia melahirkan rasa dukacita serta jijik dan menganggap perbuatan tersebut telah merosakkan imej Islam apatah lagi kumpulan militan itu menggunakan nama Islam.