MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengutuk gelombang keganasan maut di Surabaya yang menyaksikan serangan bunuh diri dilakukan oleh pengganas secara berkeluarga dan mengheret sama anak-anak mereka dalam perbuatan keji itu.
Melahirkan keprihatinan dalam posnya di laman sosial Facebook, beliau menggesa masyarakat Islam supaya sama-sama menunjukkan contoh nilai-nilai kedamaian dan keihsanan yang diajar Islam dengan menjelangnya Ramadan.