Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

'Penagih dadah bukan orang jahat, hanya tersilap'

Pulih hasil bantuan Sana, bekas penagih kini bantu penagih buang dadah
Mar 31, 2023 | 05:30 AM



"PENAGIH dadah bukan orang jahat. Mereka hanyalah orang-orang yang telah melakukan kesilapan dan memerlukan sokongan untuk perbaiki diri sendiri."



Demikian ujar Encik Mohammad Faizal Abdul Wahab, 35 tahun, seorang penyalah guna dadah yang berusaha membuka lembaran kehidupan baru.



Beliau mula terjebak dalam kancah dadah pada 2015 hingga membawa kepada ketagihan. Bercakap kepada Berita Harian, Encik Faizal berterus terang bahawa beliau mengambil dadah bukan dek kisah sedih mahupun kerana tertekan.



"Pada 2015, saya bersikap melampau dan berpesta. Segalanya dalam kehidupan saya pada masa itu sangat baik. Prestasi kerjaya semuanya hebat. Tiada kisah sedih mahupun minta dikasihani di sebalik saya mengambil dadah.



"Oleh itu, kami bukan orang jahat, hanya seorang individu yang tersilap dalam keputusan kehidupan dan memerlukan bimbingan kembali ke pangkal jalan," ujar Encik Faizal, yang dipenjara pada 2016 dan dimasukkan ke Pusat Pemulihan Dadah (DRC) pada 2019 apabila balik ke tabiat buruknya.



Tekadnya untuk berubah timbul apabila beliau melihat rakannya mengalami kehilangan ibunya semasa menjalani hukuman penjara.



"Saya tidak ingin perkara sama berlaku pada saya sekeluarga. Saya mempunyai keluarga yang amat menyayangi dan menyokong saya, terutama ibu saya. Saya tidak ingin menghampakan sesiapa. Cukup dua kali saya menghampakan keluarga dan diri sendiri," rintih anak ketiga daripada empat adik-beradik itu, sambil tidak dapat menahan sebak.



Selain sokongan keluarga, Encik Faizal berkata Persatuan Anti-Narkotik Singapura (Sana) juga memainkan peranan besar da-lam pemulihannya.



Sebulan sebelum dibebaskan dari DRC, beliau dirujuk kepada perkhidmatan pengurusan kes (CMS) oleh Sana dan kemudian menamatkan program mandatori 12 bulan yang membantu dalam pemulihannya dan kembali kepada masyarakat.



Pengalaman positif dalam program tersebut mendorong Encik Faizal menjadi rakan pendamping Sana pada akhir 2022. Sejak itu beliau menjadi relawan aktif, memberi nasihat dan berharap menjadi mentor bagi lebih ramai individu yang sedang menjalani pemulihan.



"Saya gemar membuat rakan dan menemui orang baru. Saya tertarik mendengar kisah mereka dan ini mengukuhkan lagi keyakinan bahawa kami penagih dadah bukan orang jahat. Janganlah biarkan satu kesalahan mencemari kehidupan mereka hingga mereka tidak dapat bangkit semula.



"Mereka perlukan dorongan dan sokongan yang tidak terputus untuk pulih," kata Encik Faizal.



Daripada bidang makanan dan minuman beliau kini bekerja dalam bidang pelancongan sebagai pengurus perhubungan tetamu di Hotel Scarlet.



Encik Faizal sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda dalam pengurusan pe-lancongan dan hospitaliti antarabangsa yang ditaja dana Reben Kuning Singapura di bawah dermasiswa bantuan latihan kemahiran untuk bermula semula (Star).



"Saya harap bekas penyalah guna dadah tahu bahawa bantuan sentiasa tersedia jika mereka memerlukannya. Walaupun saya juga berasa malu mengenai masa silam saya, saya harus menerima diri ini seadanya jika saya ingin orang lain menerima saya.



"Semua orang pernah melakukan kesalahan, namun ia tidak bermakna kami orang jahat. Jangan malu mendapatkan bantuan dan saya pasti ada sesuatu yang baik menanti anda pada masa depan," nasihat beliau.




"Janganlah biarkan satu kesalahan mencemari kehidupan mereka (penagih dadah) hingga mereka tidak dapat bangkit semula. Mereka perlukan dorongan dan sokongan yang tidak terputus untuk pulih."
- Encik Mohammad Faizal Abdul Wahab, relawan rakan pendamping Sana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >