Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penagih dadah yang lakukan seks dengan 3 perempuan bawah umur diarah ikuti latihan reformatif

Mar 28, 2019 | 04:37 PM



SEORANG belia menjalin hubungan seks dengan rakan sekolah yang menganggapnya sebagai kawan baik, lalu berhenti sekolah dan melakukan hubungan seks dengan seorang lagi perempuan bawah umur.



Lelaki itu yang bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk menyalah guna dadah methamphetamine, atau Ice, dan menjalin hubungan seks dengan perempuan bawah umur yang ketiga sedang dia dibebaskan dengan ikat jamin atas kesalahan menyalah guna dadah.



Belia berusia 18 tahun itu dijatuhkan hukuman mengikuti latihan reformatif pagi tadi (Khamis, 28 Mac).



Dia mengaku bersalah di hadapan mahkamah pada 20 Februari lalu atas kesalahan menyalah guna dadah serta tiga tuduhan melakukan hubungan seks  dengan gadis-gadis tersebut, menurut laporan The Straits Times.



Pesalah itu tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah bagi melindungi identiti mangsa.



Bagi setiap tuduhan melakukan hubungan seks dengan budak bawah umur 14 tahun, pesalah boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, didenda atau disebat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >