Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pencalonan Anugerah Persuratan 2023 dibuka

Mar 28, 2023 | 05:30 AM



PENULIS dan penerbit dalam dunia sastera Melayu Singapura kini dijemput menghantar karya masing-masing untuk dinilai bagi Anugerah Persuratan 2023.



Hanya karya yang telah diterbitkan pada 2020, 2021 dan 2022 di Singapura atau di luar negara oleh warga dan penduduk tetap (PR) Singapura akan diterima.



Karya itu juga perlu mempunyai nombor ISBN untuk menentukan kesahihannya.



Tarikh tutup penghantaran karya dan borang pencalonan ialah Khamis 12 November ini pada 6 petang, menurut kenyataan Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) semalam, menurut Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) dalam satu kenyataan pada Isnin (27 Mac).



Mereka boleh mengisi borang penghantaran karya yang boleh didapatkan di laman web https://penghantarankarya-ap2020.paperform.co/ selewat-lewatnya 10 Mei 2023, 6 petang, dengan semua penghantaran harus dibuat secara dalam talian.



Anugerah Persuratan 2023 anjuran MBMS itu akan menyampaikan empat jenis hadiah dan anugerah iaitu Hadiah Persuratan (bidang cerpen, esei/kajian sastera, novel, sajak, sastera kanak-kanak dan teater untuk pentas), Anugerah Tun Seri Lanang, Anumerta Tun Seri Lanang serta Anugerah Harapan.



Pengerusi MBMS, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata Anugerah Persuratan - usaha dwitahunan yang dianjurkan sejak 1993 - merupakan wadah penting untuk mengiktiraf penggiat karya penulisan tempatan untuk membantu membangunkan bidang bahasa, budaya dan sastera.



"Tiga unsur penting ini memainkan peranan sebagai pemersatuan dan sebagai ramuan untuk membina kesedaran kolektif yang boleh mencorakkan hala tuju sesuatu bangsa.



"Bahasa, budaya dan sastera amat penting untuk mengukuhkan dan meningkatkan martabat sesuatu bangsa itu dalam masyarakat bangsa-bangsa yang lain," ujarnya.



Bagi Pengerusi Jawatankuasa Anugerah Persuratan 2023, Dr Azhar Ibrahim, Anugerah Persuratan kembali tahun ini dengan iltizam bergerak sebagai pemacu dan pengiktirafan utama persuratan tanah air.



"Dengan pengiktirafan, kecemerlangan akan membuah harum taman sastera kita," ujar Dr Azhar yang juga pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Nasional Singapura (NUS).



Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan mengirimkan e-mel kepada Cik Celine menerusi alamat e-mel celine@bookcouncil.sg atau Cik Alya menerusi alamat e-mel programmes7@bookcouncil.sg.



Orang ramai juga boleh menghubungi Cik Celine di talian 6342-5125.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >