Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pencalonan dibuka bagi Anugerah Guru Arif Budiman 2021

Feb 23, 2021 | 05:30 AM



PENCALONAN bagi Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) 2021 dibuka semalam, dan pelajar, pendidik, ibu bapa serta orang ramai diundang mencalonkan guru bagi anugerah tersebut tahun ini.



Anugerah ini bertujuan mengiktiraf guru Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, maktab rendah dan Institut Milenia yang telah membuat sumbangan cemerlang kepada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.



Agab telah mengiktiraf 64 guru daripada sekolah rendah, sekolah menengah dan prauniversiti sejak ia diperkenal pada 2007.



Sebanyak empat anugerah akan diberi di bawah dua kategori - sekolah rendah dan sekolah menengah serta prauniversiti - menurut satu kenyataan Kementerian Pendidikan (MOE) semalam.



Guru yang dicalonkan akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria, seperti keupayaan memupuk pengetahuan, kemahiran dan minat dalam pembelajaran bahasa, kesustaeraan dan budaya Melayu di dalam dan luar bilik darjah.



Selain itu, mereka harus menunjukkan keperihatinan dan perhatian terhadap keperluan dan kesejahteraan pelajar.



Calon-calon juga harus mencerminkan nilai Arif Budiman, iaitu seorang berpelajaran yang menyumbang kepada masyarakat melalui dedikasi, komitmen dan khidmat teladan sebagai seorang pendidik di Singapura.



Anugerah ini anjuran bersama Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Persatuan Guru Bahasa Melayu (PGBM), akhbar Berita Harian dan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).



Pencalonan dibuka hingga 9 April, dan borang pencalonan akan diedar ke semua sekolah di Singapura.



Borang pencalonan juga boleh dimuat turun daripada laman www.mbms.sg; www.mllpc.sg dan www.beritaharian.sg.



Pencalonan juga boleh dibuat dalam talian melalui laman go.gov.sg/agab2021.



Penerima anugerah akan diumumkan pada November.



Maklumat lanjut mengenai AGAB 2021 boleh didapatkan dengan mengirim e-mel kepada jawatankuasa penganjur di MOE_MLLPC_Secretariat@moe.gov.sg.




PENCALONAN ANUGERAH GURU ARIF BUDIMAN (AGAB) 2021



  • Anugerah anjuran bersama Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Persatuan Guru Bahasa Melayu (PGBM), akhbar Berita Harian (BH) dan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC)

  • Pencalonan dibuka hingga 9 April

  • Borang pencalonan:

- Diedar ke semua sekolah



- Boleh juga dimuat turun dari laman www.mbms.sg; www.mllpc.sg dan www.beritaharian.sg



- Boleh dibuat dalam talian melalui laman go.gov.sg/agab2021



  • Penerima anugerah akan diumumkan pada November

  • Maklumat lanjut boleh didapatkan dengen e-mel kepada jawatankuasa penganjur di MOE_MLLPC_Secretariat@moe.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >