Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendaftaran bagi vaksinasi Covid-19 dibuka kepada pelajar Darjah 1 hingga 3 pada 5 Jan

Dec 26, 2021 | 02:57 PM



Pendaftaran bagi vaksinasi Covid-19 akan dibuka kepada pelajar Darjah 1 hingga Darjah 3 di sekolah Kementerian Pendidikan (MOE) dan madrasah, mulai 5 Januari tahun depan. 



Pendaftaran bagi pelajar lain dalam lingkungan usia itu akan dibuka pada 6 Januari, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing semasa di sebuah pusat vaksinasi di Kelab Masyarakat Senja-Cashew pada Ahad (26 Disember), iaitu antara tujuh pusat yang akan mula menjalankan vaksinasi untuk kanak-kanak pada esok. 



Ini di tengah-tengah kenaikan kes varian Omicron di Singapura, dengan 448 kes jangkitan dikesan sehingga semalam (25 Disember) yang termasuk dua kelompok tempatan yang disyaki. 



Memberi perkembangan terkini mengenai jumlah tempahan sejauh ini, Encik Chan berkata lebih 40 peratus pelajar Darjah 4 hingga Darjah 6 sudah mendaftar untuk vaksin itu oleh ibu bapa mereka. 



Golongan itu ditawarkan mengambil vaksin pada Rabu lalu menerusi undangan SMS yang dikirim kepada ibu bapa. Sekitar 110,000 pesanan dikirimkan, menurut MOE.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >