Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendamping keluarga bantu tingkat semangat pelajar

Mar 05, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 50 sukarelawan telah direkrut dan dilatih untuk memberi sokongan kepada para pelajar yang memerlukan bantuan lebih untuk menghadiri sekolah secara kerap dan juga kepada keluarga mereka, kata Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohd Maliki Osman.



Pendamping keluarga, sebahagian dari program perintis Kementerian Pendidikan yang dipanggil Uplift, membuat lawatan kepada keluarga-keluarga ini dan memberi bimbingan melalui lawatan ke rumah dan juga panggilan telefon.



Program Uplift bermula di kawasan Woodlands, Kreta Ayer dan Boon Lay tahun lepas, dan bertujuan untuk mendekati lebih dari 300 pelajar dari keluarga kurang bernasib baik menjelang tahun depan.



Keluarga-keluarga ini akan diberi sokongan oleh pendamping seperti Encik Aiyadurai Rajeevan, seorang pekerja di dalam bidang IT.



Encik Rajeevan, 35 tahun, berkata beliau sudah biasa membuat kerja sukarela dengan kanak-kanak, tetapi program Uplift ini telah menarik perhatiannya kerana ia lebih unik.



"Saya dapat bekerja dengan sebuah keluarga untuk jangka masa yang panjang sambil membantu mereka untuk maju dan melihat hasilnya," kata bapa kepada seorang anak berusia 4 tahun itu.



Tambahnya lagi: "Sebagai sebuah masyarakat, kami mempunyai tanggungjawab dalam memainkan peranan untuk membantu kanak-kanak bergerak ke hadapan dan menghabiskan pendidikan asas mereka, supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang berdikari, tidak kira jalan yang mereka pilih."



Sejauh ini, beliau telah melakukan tiga lawatan rumah keluarga Encik Mohammad Nazri Bakri, 35, dan isteri beliau, Cik Mariana Omar, 34 tahun, yang menetap di Kreta Ayer bersama enam orang anak mereka.



Encik Nazri dan keluarganya telah menetap di Malaysia selama beberapa tahun. Setelah pulang ke Singapura, anak-anak mereka berasa sukar untuk menyesuaikan diri kerana tahap akademik mereka yang rendah dari rakan-rakan seusia.



Menyebut tentang keluarga itu di dalam ucapannya, Dr Maliki berkata anak-anak Encik Nazri kini menghadiri sekolah secara kerap dengan sokongan dari Uplift.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >