Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendapatan isi rumah naik pada 2022 meski inflasi

Feb 10, 2023 | 05:30 AM



PENDAPATAN isi rumah median di Singapura tahun lalu terus meningkat, walau setelah ia disesuaikan untuk mengambil kira inflasi.



Dalam tempoh yang sama jika dibandingkan dengan 2021, pekali Gini - yang mengukur ketidaksaksamaan pendapatan - telah merosot dengan lebih lanjut, menurut perangkaan yang dikeluarkan Jabatan Statistik Singapura (SingStat) semalam, sebagai sebahagian kertas Trend Pendapatan Isi Rumah Utama 2022.



Dalam kalangan isi rumah penduduk yang bekerja, pendapatan isi rumah bulanan median daripada pekerjaan meningkat sebanyak 6.1 peratus dalam istilah nominal - iaitu sebelum disesuaikan untuk mengambil kira inflasi - daripada $9,520 pada 2021 ke $10,099 pada 2022.



Setelah mengambil kira inflasi, pendapatan isi rumah bulanan median daripada pekerjaan naik 0.2 peratus dalam istilah sebenar pada 2022.



Pendapatan isi rumah daripada pekerjaan termasuk sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) majikan.



Dari 2017 hingga 2022, pendapatan isi rumah bulanan median daripada pekerjaan bagi isi rumah penduduk yang bekerja meningkat 2.9 peratus secara kumulatif atau 0.6 peratus setiap tahun dalam istilah sebenar.



Mengambil kira saiz isi rumah, pendapatan isi rumah bulanan median daripada pekerjaan bagi setiap anggota isi rumah meningkat daripada $3,027 pada 2021 ke $3,287 pada 2022, satu peningkatan sebanyak 8.6 peratus dalam istilah nominal atau 2.6 peratus dalam istilah sebenar.



Dari 2017 hingga 2022, pendapatan isi rumah bulanan median bagi setiap anggota isi rumah naik sebanyak 11.9 peratus secara kumulatif atau 2.3 peratus setiap tahun dalam istilah sebenar.



Dari segi taburan isi rumah mengikut desil, isi rumah di kebanyakan kumpulan pendapatan desil menyaksikan kenaikan dalam pendapatan isi rumah daripada pekerjaan bagi setiap anggota isi rumah secara purata setelah mengambil kira inflasi.



Pada 2022, pendapatan isi rumah daripada pekerjaan bagi setiap anggota rumah dalam isi rumah penduduk yang bekerja bagi semua kumpulan pendapatan, meningkat secara purata dalam istilah nominal, dengan kenaikan berbeza-beza daripada 5.3 peratus ke 15.6 peratus.



Setelah mengambil kira inflasi, isi rumah di sembilan persepuluhan pertama menyaksikan pertumbuhan pendapatan sebenar daripada 1.1 peratus hingga 10.1 peratus, manakala persepuluhan tertinggi menyaksikan penurunan pendapatan sebenar iaitu 1.3 peratus.



Antara 2017 dengan 2022, pendapatan isi rumah daripada pekerjaan bagi setiap anggota isi rumah dalam kalangan sembilan persepuluhan pertama isi rumah penduduk yang bekerja meningkat 1.5 peratus hingga 3.0 peratus setiap tahun dalam isitilah sebenar, manakalapersepuluhan tertinggi mencatat kemerosotan 0.4 peratus setiap tahun dalam istilah sebenar.



Kemerosotan yang dicatat adalah disebabkan kenaikan saiz isi rumah yang lebih besar, daripada 2.26 pada 2021 ke 2.34 pada 2022, jika dibandingkan dengan isi rumah di persepuluhan lain. Ini, didampingi dengan inflasi lebih tinggi yang dialami pada 2022, menyumbang kepada kemerosotan dalam pendapatan isi rumah sebenar mereka pada 2022, menurut SingStat.



Tahun lalu juga, isi rumah penduduk - termasuk isi rumah yang tidak ada orang bekerja - menerima $5,765 bantuan daripada skim pemerintah bagi setiap anggota isi rumah secara purata, iaitu lebih tinggi berbanding $5,257 pada 2021.



Ini disebabkan langkah-langkah dan skim yang dipertingkatkan pemerintah bagi mengurangkan kesan kenaikan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), serta inflasi yang lebih tinggi ke atas kos kehidupan.



Isi rumah penduduk yang tinggal di flat HDB satu dan dua bilik terus menerima bantuan kewangan paling banyak daripada pemerintah. Tahun lalu, mereka menerima $12,189 bantuan daripada skim pemerintah bagi setiap anggota isi rumah secara purata, hampir seganda bantuan yang diterima isi rumah penduduk di flat HDB tiga bilik.



Pekali Gini berdasarkan pendapatan isi rumah daripada pekerjaan bagi setiap anggota isi rumah sebelum bantuan pemerintah dan cukai, jatuh ke 0.437 pada 2022, daripada 0.444 pada 2021.



Setelah mengambil kira bantuan pemerintah dan cukai, pekali Gini tahun lalu jatuh daripada 0.437 ke 0.378.



"Ini mencerminkan kesan pengagihan semula cukai dan bantuan pemerintah," kata SingStat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >