Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendapatan isi rumah tahun lalu merosot dalam tempoh 10 tahun

Feb 09, 2021 | 05:30 AM



WABAK Covid-19 telah menjejas pendapatan median seisi rumah Singapura tahun lalu ketika ekonomi menguncup.



Pendapatan median bulanan susut 2.5 peratus kepada $9,189 pada 2020 berbanding $9,425 pada 2019, menunjukkan kesan pandemik, menurut Jabatan Perangkaan (DOS) semalam. Selepas mengambil kira inflasi, kemerosotan yang dicatatkan adalah 2.4 peratus.



Bagaimanapun berbanding 2015, apabila pendapatan median bulanan seisi rumah adalah $8,666, terdapat pertumbuhan terkumpul sebanyak 5.2 peratus atau 1 peratus setahun nilai sebenar, tambah DOS.



DOS juga menerbitkan perangkaan pendapatan median bulanan isi rumah hasil daripada pekerjaan setiap anggota isi rumah, untuk mengambil kira saiz isi rumah yang berbeza-beza.



Jumlah ini merosot daripada $2,925 pada 2019 menjadi $2,886 pada 2020, turun 1.3 peratus, atau 1.2 peratus setelah disesuaikan bagi inflasi.



Ia merupakan kemerosotan pertama yang dicatatkan sejak 2008/2009, akibat Krisis Kewangan Global.



Namun dari 2015 hingga 2020, jumlahnya tumbuh 14.6 peratus, atau 2.8 peratus setiap tahun mengikut nilai sebenar.



Trend ini serupa bagi isi rumah tidak kira kumpulan pendapatan, tambah DOS.



Tambahnya, seisi rumah pada persentil 1 hingga ke-60 menyaksikan pengurangan purata pendapatan isi rumah antara $37 hingga $49 bagi setiap anggota keluarga, manakala isi rumah di persentil ke-61 hingga ke-100 mengalami kemerosotan antara $96 hingga $337.



Setelah mengambil kira inflasi, isi rumah dalam kelompok pendapatan 90 peratus teratas mencatatkan penurunan pendapatan sebenar sebanyak 1.4 hingga 3.2 peratus, manakala pendapatan untuk isi rumah 10 peratus paling bawah merosot 6.1 peratus.



Jurang pendapatan seperti yang diukur oleh koefisien Gini adalah yang di paras terendah dalam tempoh dua dekad, setelah agihan daripada pemerintah merapatkan jurang.



Koefisien Gini dicatat sebagai sifar dalam situasi apabila pendapatan adalah sama rata secara keseluruhannya. Ia dicatat sebagai satu dalam keadaan ketaksamaan pendapatan.



Koefisien Gini Singapura adalah 0.452 pada 2020, tidak berubah berbanding 2019 namun merosot kepada 0.375 setelah agihan dan cukai pemerintah. Koefisien Gini pada 2019 adalah 0.398 selepas agihan pemerintah, bacaan terendah ketika itu.



"Ini dapat dikaitkan dengan bantuan pemerintah, dengan jumlah besar yang diberikan ketika krisis Covid-19 pada 2020, terutama untuk isi rumah yang tinggal di flat yang lebih kecil," kata DOS dalam satu kenyataan.



Penduduk Isi rumah yang tidak mempunyai individu yang bekerja secara purata menerima $6,308 setiap anggota isi rumah, daripada pelbagai skim pemerintah tahun lepas, berbanding dengan jumlah $4,684 setiap anggota yang diterima pada 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >