Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pendedahan remaja kepada kandungan ekstremis dalam talian membimbangkan: Faishal

Mar 21, 2023 | 05:30 AM



SATU faktor yang sama yang dapat dilihat di kalangan remaja yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ialah pendedahan mereka kepada kandungan ekstremis dalam talian, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim di Parlimen pada Isnin.



Beliau sedang menjawab soalan yang diajukan oleh Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Mark Chay, sama ada terdapat persamaan di antara kes-kes di mana remaja ditahan di bawah ISA.



"Kumpulan pengganas telah mengambil kesempatan isu-isu yang dialami oleh remaja semasa pembangunan hidup mereka, seperti cabaran mereka untuk sedang mencari identiti sendiri dan rasa kekitaan dalam diri, dan kecenderungan mereka untuk mengambil risiko," kata Dr Faishal.



Beliau menambah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) telah bekerjasama dengan agensi pemerintah dan rakan kongsi masyarakat yang lain dalam usaha untuk menjangkau lebih awal bagi melawan radikalisasi.



"Sebagai contoh, ISD telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE), sekolah, dan institut pengajian tinggi dalam pelbagai aktiviti, seperti ceramah, bengkel, seminar dan webinar.



"Pada tahun 2022, ISD menganjurkan hampir 70 acara jangkauan, dalam talian dan secara peribadi, untuk lebih 2,300 peserta termasuk pemimpin pelajar, pendidik dan kakitangan sekolah yang lain," tambah Dr Faishal.



ISD juga telah menganjurkan bengkel untuk lebih 350 kaunselor pelajar dan pegawai kebajikan pelajar untuk mendidik mereka tentang proses radikalisasi dan faktor-faktor yang berkaitan dengan belia, dan untuk membantu mereka mengenal pasti tanda-tanda radikalisasi.



Menjawab soalan Encik Chay sama ada Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) telah mengenal pasti sebarang trend atau faktor sosiologi di kalangan remaja seperti latar belakang keluarga pincang atau ibu bapa tunggal, Dr Faishal berkata bahawa tiada trend sosiologi antara mereka dapat diperhatikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >