Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendekatan bersepadu bina sistem SG Lebih Sihat

Oct 05, 2022 | 09:25 PM



SISTEM penjagaan kesihatan Singapura bukan sekadar satu sistem, tetapi tiga sistem yang saling terkait, termasuk sistem penjagaan akut, kesihatan awam dan penjagaan warga senja – bekerjasama demi menghasilkan kesihatan baik, kata Menteri Kesihatan Encik Ong Ye Kung.


Berkata demikian sebagai menggulung ucapannya di Perbahasan Kertas Putih tentang SG Lebih Sihat di Parlimen pada Rabu (5 Okt), Encik Ong berkata strategi tersebut merupakan satu usaha penting dalam menggerak dan memperbaharui sistem kesihatan awam, memperkasa individu agar memilih kesihatan, dan membentangkan asas bagi sistem penjagaan warga senja.


“Di Singapura, kita mengambil pendekatan bersepadu. 

“Penjagaan akut, kesihatan awam dan penjagaan warga senja semua di bawah kendalian Kementerian Kesihatan (MOH).


“Menteri Kesihatan  juga adalah menteri bertanggungjawab ke atas isu penuaan, dan mempengerusikan pasukan bertindak berbilang kementerian menjangkau penjagaan kesihatan.


“MOH dalam satu kedudukan untuk membangun pelan mantap dan menyeluruh, mengumpul sumber untuk mengubah dan mendorong ketiga-tiga sistem itu, menghasilkan kesihatan untuk masyarakat,” katanya.


Baca laporan penuh ini dan laporan Parlimen lain di Berita Harian esok (6 Okt).

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >