Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendekatan tiga serampang bantu pekerja beralih ke pekerjaan masa depan

Dec 03, 2023 | 05:30 AM



Kerjasama dengan rakan kongsi seperti Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan hubungan yang dijalin bersama syarikat telah membolehkan ramai pekerja Melayu/Islam beralih ke pekerjaan masa depan, kata Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.

Menyatakan demikian ketika memberi perkembangan terkini tentang bidang tumpuan keempat (FA4) dalam M Kuasa Tiga (M³) bagi pekerjaan dan daya kerja yang diketuainya, Encik Fahmi berkata pemimpin kesatuan Melayu/Islam juga dimanfaatkan untuk mengunjungi rumah pekerja atau pencari kerja berisiko di M³@Bandar bagi memahami cabaran yang mereka hadapi dalam usaha menangani keprihatinan dan keperluan mereka dengan lebih baik.

“Antara cabaran yang kita lihat pada masa hadapan adalah mengenai pekerjaan. Landskap pekerjaan berubah dari masa ke masa, jadi di sini kita perlu fikirkan jangka panjang untuk membantu pekerjaan masyarakat Melayu di Singapura,” katanya.

FA4 bertujuan menghubungkan pekerja kepada peluang pekerjaan, memberi peningkatan kemahiran dan mendorong pembelajaran sepanjang hayat, serta mempersiapkan tenaga kerja bagi masa depan.

Ia memberi tumpuan kepada pekerja platform, pekerja wanita, pekerja matang berusia 40 tahun dan ke atas, dan belia dalam masyarakat Melayu/Islam.

Kerjasama yang dijalin termasuk antara Mendaki dengan NTUC pada 2022 untuk memperluas kerjasama industri bagi menyokong pekerja Melayu/Islam dengan lebih baik.

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) serta Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) juga merupakan rakan kongsi rapat FA4 untuk mempertingkatkan pekerja Melayu/Islam.

Encik Fahmi berkata menerusi kerjasama yang dijalin, sebuah rangka kerja dan aliran kerja telah dapat ditubuhkan bagi membantu pekerja dan pencari kerja Melayu/Islam dalam keperluan pekerjaan dengan lebih baik mereka merentas agensi berbeza seperti Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC, Hab Pembelajaran (LHub) NTUC, WSG dan SkillsFuture Singapura (SSG). Ini memudahkan mereka memanfaatkan sumber yang disediakan.

Hasilnya, FA4 telah menjangkau kepada lebih 4,500 pekerja Melayu/Islam bagi program pekerjaan dan daya kerjanya. Daripada jumlah itu, hampir 20 peratus daripada mereka telah menerima bimbingan kerjaya lanjut.

Kepakaran pemimpin kesatuan juga dimanfaatkan dalam satu inisiatif yang dirintis pada 2023 untuk mereka membantu pekerja atau pencari kerja berisiko melihat kerja-kerja yang ada, bukan sahaja dalam sektor yang mereka ceburi, tetapi sektor lain juga.

“Kita menggunakan rangkaian kerja seperti Mendaki, e2i, LHUB, DPPMS, WSG, dan seterusnya. Dengan adanya rangkaian ini, terdapat banyak lagi peluang untuk membantu mereka mencari kerja,” kata Encik Fahmi, yang juga Anggota Parlimen GRC Marine Parade.

Hampir 10 pemimpin kesatuan telah mendampingi sekitar 100 isi rumah Melayu/Islam di bawah inisiatif itu dan Encik Fahmi berkata beliau mahu menyertakan lebih ramai pemimpin kesatuan dalam daya usaha tersebut.

Beliau juga berkata FA4 mahu mempunyai sekumpulan syarikat yang bersedia melatih dan menerima pekerja.

“Ia boleh menjadi seperti satu laluan hijau (green pass) dari pekerja platform ke syarikat. Syarikat itu akan menjalankan latihan dan kemudian terus menerima mereka bagi pekerjaan itu. Ia adalah cara yang lebih cepat dan baik. Tetapi jika terdapat jurang dari segi pengetahuan dan kemahiran, di situlah ekosistem latihan – e2i, LHub, WSG dan lain-lain – akan memainkan peranan,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >