Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendengar digital SPH Radio naik 12.2%

Jan 22, 2022 | 05:30 AM



JUMLAH pendengar digital SPH Radio tumbuh 12.2 peratus tahun lalu, dengan tinjauan industri menunjukkan terdapat pendekatan pendengar yang tinggi merentas pelbagai demografi.



Data Triton Digital menunjukkan jumlah pendengar digital berkembang melalui laman stesen radio dan aplikasi Awedio, kata syarikat induk SPH Radio, SPH Media Trust, semalam.



Jumlah muat turun aplikasi itu - yang menyatukan program audio SPH Radio, daripada rancangan radio hingga ke podcast - meningkat 9.1 peratus, dengan sebanyak 559, 290 muat turun sehingga November lalu.



Tinjauan industri, seperti Tinjauan Pendengar Singapura Gfk 2021, mendapati bahawa stesen radio SPH Radio mempunyai tahap pendekatan lebih tinggi bersama pendengar berbanding stesen radio lain kendalian pesaing seperti Mediacorp dan So Drama! Entertainment, yang sebelum ini dikenali sebagai Safra Radio.



Menurut tinjauan Triton yang dijalankan tahun lalu bersama 3,000 individu berusia 15 tahun dan ke atas, pendengar memberi markah tinggi bagi metrik seperti mengunjungi acara atau laman pengiklan atau laman media sosial selepas mendengar tentangnya di stesen radio SPH Radio.



"Ini juga sejajar dengan dapatan lain yang menyokong bahawa pendengar SPH Radio mempunyai pandangan lebih positif tentang produk atau jenama yang diiklankan, dan lebih kemungkinan berkongsi bersama rakan dan keluarga tentang apa yang mereka dengar atau baca," kata SPH Media Trust.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >