Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM MILENIAL

Pendiam, pemalu orangnya... Keluar dari 'tempurung' untuk jadi pemimpin...

Lulusan latihan OCS dapat inspirasi dari komander pupuk nilai kepimpinan dengan penuh kewibawaan
Dec 10, 2021 | 05:30 AM



SEORANG yang pemalu dan agak pendiam, pegawai kadet pelatih (OCT) Muhammad A'qil Mohd Khalid tidak pernah melihat dirinya sebagai seorang ketua yang mampu membimbing mana-mana pasukan atau kumpulan.



Bahkan, tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa beliau akan berpeluang menjalani latihan Sekolah Pegawai Kadet (OCS) ketika menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



Namun, melihat bagaimana komander NS-nya menguruskan pasukan dengan berkesan, tercetus semangat Encik A'qil untuk cuba keluar dari 'tempurung' dan berusaha untuk berkhidmat melalui kepimpinan.



Encik A'qil merupakan antara pegawai yang ditauliahkan tamat kursus OCS dalam majlis yang berlangsung pagi ini.



Berkongsi pengalamannya semasa menjalani program Latihan Asas Ketenteraan (BMT), anak muda berusia 19 tahun itu berkata beliau terkesan dengan cara komandernya membimbing beliau dan rakan-rakannya lain bagi memupuk kewibawaan yang baik dalam diri mereka.



"Komander kami sering memberi motivasi kepada kami untuk melakukan prestasi yang terbaik dalam semua perkara yang kami lakukan dan terus mendorong kami sepanjang jalan.



"Lama-kelamaan saya pun mula tergerak untuk memainkan peranan yang sama... mengasah keyakinan diri sendiri bagi membimbing orang lain," katanya.



Diberi peluang untuk mencuba pelbagai pelantikan yang berlainan sepanjang latihan di OCS, Encik A'qil berkata ia telah banyak meningkat keyakinan diri dan memupuk kemahirannya untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain di samping menjadi pemimpin yang berkesan.



Salah satu cabarannya ialah ketika ditugaskan sebagai Komander Wing di mana beliau perlu mengendalikan 150 orang.



Meskipun pernah menjadi Komander Seksyen di mana beliau menyelia operasi dalam seksyen-seksyen yang berlainan, Encik A'qil menjelaskan bahawa tanggungjawab sebagai Komander Wing adalah besar sekali.



"Sebagai Komander Seksyen ketika itu saya hanya perlu mengendali 10 orang.



"Mengendali 150 orang adalah pengalaman yang amat berlainan. Mula-mula memang agak menakutkan," katanya.



"Saya bukan hanya perlu bekerja bersama kadet-kadet lain tetapi juga dengan komander lain.



"Ini saya rasa betul-betul mencabar keupayaan saya untuk menyesuaikan diri sebagai ketua dan berkomunikasi dengan lebih baik," ujarnya.



Hari ini, beliau merupakan sebahagian daripada pegawai jurutera tempur (Combat Engineer Officer), yang ditugaskan menjadi jurutera lapangan.



Sebagai jurutera lapangan, Encik A'qil memainkan peranan dalam memberikan sokongan mobiliti, mobiliti balas dan kemandirian kepada Briged dan Divisyen yang lain.



Dalam satu interviu bersama pihak media, anak sulung daripada dua orang anak itu berkata pencapaiannya di OCS tidak mungkin terjadi tanpa sokongan keluarganya serta rakan-rakannya lain di OCS.



Menerima jawatan komander platun selepas ini, Encik A'qil berharap beliau dapat memainkan peranan memberi motivasi dan membimbing pegawai-pegawai muda lain.



"Matlamat utama saya sekarang adalah untuk melihat pegawai-pegawai saya mempunyai perkembangan peribadi seperti yang telah saya lalui atau sekurang-kurangnya mereka dapat mencapai keinginan mereka sepanjang tempoh mereka di OCS," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >