Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendidik Islam dilantik Naib Pengerusi kedua AMP

Mar 30, 2023 | 07:45 PM



PENDIDIK Islam berpengalaman dan anggota jawatankuasa Fatwa, Ustaz Fathurrahman M Dawoed, telah dilantik selaku Naib Pengerusi kedua AMP berkuatkuasa 3 Mac lalu.


Ustaz Fathurrahman, yang telah berkhidmat selaku pengarah di AMP sejak 2019, akan membantu Pengerusi AMP, Dr Md Badrun Nafis Saion, bersama dengan Encik Hazni Aris, yang akan meneruskan peranan selaku Naib Pengerusi, kata AMP dalam satu kenyataan pada Selasa.


“Pelantikan beliau tepat pada masanya sedang kajian dilakukan oleh AMP menjelang Konvensyen Nasional keempat AMP pada Oktober 2022 menunjukkan masyarakat Muslim di sini memandang Islam sebagai satu peranan penting dalam kemajuan serta kejayaan mereka.


“Sebagai seorang anggota masyarakat asatizah yang dihormati, Ustaz Fathurrahman dalam kedudukan baik untuk menawarkan pandangan mendalam yang penting tentang bagaimana AMP boleh menyokong masyarakat dengan mengemudi cabaran masa depan yang akan dihadapinya.


“Ini ditambah pula dengan pengetahuan kritikal yang diperolehinya menerusi pengalamannya memimpin Panel Keluarga Konvensyen sepanjang dua tahun lalu,” kata kenyataan itu.


Mengenai pelantikan barunya, Ustaz Fathurrahman berkata:

“Dengan peranan baru ini, saya berharap untuk membina kerjasama kukuh dengan pertubuhan lain dan bekerja rapat dengan pemimpin masyarakat lain agar kami dapat menyumbang kepada masyarakat dengan lebih baik serta memaksimumkan impak kami.


“Saya menantikan untuk bekerja sama dengan pasukan kakitangan kami yang berdedikasi untuk menjadikan perbezaan yang bermakna kepada kehidupan mereka yang kami berikan khidmat,” katanya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >