Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendidik madrasah bincang pembelajaran masa depan pelajar dalam simposium

Nov 24, 2023 | 03:08 PM



Keperluan guru madrasah dalam menyahut landskap pendidikan yang sentiasa berubah diberi perhatian semasa Simposium Guru Madrasah 2023 yang diadakan pada Isnin. Keperluan ini termasuk pedagogi, bahan, teknik dan teknologi yang lebih baik.

Simposium anjuran Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) itu merupakan segmen terbaru simposium itu yang dimulakan pada 2016.

Seramai 300 pendidik dan asatizah (guru agama Islam) dari enam Madrasah berhimpun pada simposium tahun ini dalam suasana kolaboratif dan bertukar-tukar pengalaman di sekolah dan bilik darjah.

Simposium Guru Madrasah 2023 menggambarkan komitmen warga Madrasah terhadap kecemerlangan pendidikan dan pemeliharaan nilai-nilai Islam.

Bertemakan “Memperkasakan Guru Abad Ke-21: Mentransformasikan Pendidikan melalui Pedagogi Inovatif, Penilaian dan Teknologi”, acara tahun ini menekankan kepentingan penambahbaikan berterusan, dan dilengkapi dengan metodologi yang dikemas kini, bagi meningkatkan mutu pendidikan.

Melalui simposium itu, guru-guru bertukar pengetahuan, berkongsi amalan yang berkesan, memupuk persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang diperkaya.

Mereka turut mengambil bahagian dalam refleksi dan membayangkan semula latihan pendidikan Madrasah mengenai tiga bidang utama: Pengalaman Sekolah, Pengajaran dan Pembelajaran serta Ruang dan Persekitaran Pembelajaran.

Melalui ini, guru dan pendidik berkongsi idea dan pandangan bagaimana mereka membayangkan masa depan pendidikan madrasah, dengan mengambil kira pelbagai perubahan, perkembangan, dan kemajuan dalam bidang pendidikan di Singapura dan seluruh dunia.

Dalam kenyataannya, Muis menyatakan bahawa melalui pertukaran pengetahuan dan perancangan kolektif, simposium itu menuju ke arah perjalanan pendidikan yang dipertingkatkan untuk semua pelajar.

“Simposium itu juga mengiktiraf korelasi langsung antara penguasaan Asatizah dan taraf pendidikan pelajar di madrasah, dan usaha berterusan Muis untuk meningkatkan tahap dalam kedua-dua aspek,” jelas Muis.

Dalam simposium itu, Profesor Madya Dr Mohamad Johdi Salleh, pakar dalam bidang Kepimpinan Pendidikan dan Pendidikan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), memperkenalkan ‘Rangka Kerja Guru-Pemimpin’ yang dipanggil ‘Mewujudkan Tradisi dan Model Ajaran Nabi’.

Ia memperakui kepentingan aspirasi bagi meningkatkan kualiti Pendidikan Islam dengan pemerkasaan guru, dan memberi kejelasan tentang pelbagai peranan yang boleh dicita-citakan guru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >