Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendidikan, jagaan kesihatan, keselamatan, pertahanan jadi tumpuan Belanjawan 2019

Jan 20, 2019 | 05:00 PM



Belanjawan yang bakal dibentangkan bakal menumpukan perhatian kepada keperluan bertambah dalam pendidikan dan jagaan kesihatan, serta keselamatan dan pertahanan negara, kata Menteri Kewangan Encik Heng Swee Keat.



Encik Heng, yang  dijadual menyampaikan kenyataan belanjawan pada 18 Februari berkata satu perkara yang diutamakan pemerintah ialah membantu warga menghadapi perubahan dalam ekonomi dunia dan mengambil kesempatan peluang baru, termasuk dengan menggunakan teknologi.



Beliau berkata demikian semasa bercakap kepada wartawan di acara akar umbi di Tampines pada Ahad (20 Jan).



Menjelang Belanjawan 2019, Encik Heng berkata:



“Kita telah bertindak dengan baik berhubung jagaan kesihatan dan pendidikan. Kita akan terus berbuat demikian… keperluan dalam bidang-bidang itu bertambah. Pada masa yang sama, keperluan untuk mempertingkat keselamatan dan keupayaan kita mempertahankan diri sendiri juga sedang bertambah.”



 “Belanjawan akan memberi tumpuan kepada perkara atama ini - dalam keselamatan, berhubung jagaan keperluang sosial, terutama dalam pendidikan, jagaan kesihatan dan tentunya dalam perubahan ekonomi,” tambah Encik Heng.



“Keperluannya besar, sama ada bagi projek prasarana skala besar seperti laluan MRT atau lapangan terbang, atau flat HDB dan menjaga warga emas, malah semua warga Singapura,” kata Encik Heng.



Beliau juga menekankan peri penting mengekalkan kerancakan ekonomi Singapura berlatar ketidaktentuan dunia dan perubahan teknologi pantas.



Kita perlu merebut peluang yang mengiringi gelombang perubahan dan mengupayakan warga Singapura dari sepelusuk usia melaksanakan yang terbaik dalam tahun-tahun akan datang,” kata Encik Heng.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >