Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendidikan kunci tingkat sosioekonomi: DPM Heng

Oct 24, 2019 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri (DPM), Encik Heng Swee Keat, semalam berkata pendidikan memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf sosioekonomi warga Singapura dari generasi ke generasi.



Merujuk kepada laporan sosioekonomi Kementerian Kewangan (MOF) yang dikeluarkan kelmarin, Encik Heng berkata dapatan dalam laporan itu mencerminkan kemajuan Singapura, tetapi usaha yang dijalankan tidak akan berhenti di sini.



"Pendidikan merupakan penyetara sosial bagi warga kita," ujar DPM Heng.



Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis makan malam gala sempena ulang tahun ke-10 Universiti Teknologi dan Rekaan Singapura (SUTD) di Hotel Shangri-La, semalam.



Mengulas laporan MOF di Facebook pula, Encik Heng berkata pemerintah akan terus bekerjasama dengan rakyat Singapura dan menjalin kerjasama dengan rakan kongsi masyarakat untuk melakar dasar yang akan dapat memenuhi keperluan warga yang berubah-ubah.



"Dapatan itu mencerminkan kemajuan Singapura sejauh ini, tetapi tugas kita tidak berhenti di sini," ujarnya.



Laporan MOF itu menunjukkan rakyat Singapura dalam lingkungan usia 40-an tahun hari ini lebih berpendidikan, dapat mencari pekerjaan lebih baik, hidup lebih lama dan sihat berbanding kumpulan usia lebih tua.



Encik Heng menarik perhatian, hanya 22 peratus mereka yang dilahirkan pada 1940-an, ataupun Generasi Perintis, mempunyai kelayakan posmenengah.



Bilangan itu meningkat kepada 32 peratus bagi mereka yang dilahirkan pada 1950-an, iaitu Generasi Merdeka.



Ia terus meningkat saban tahun dan kini lebih 95 peratus setiap kohort berjaya mara ke pendidikan posmenengah.



"Menjelang 2020, sekitar 40 peratus layak ke universiti berautonomi termasuk di SUTD," katanya.



Tambahnya, Singapura telah mencatatkan kemajuan pesat dalam pendidikan sepanjang tempoh singkat beberapa dekad ini.



Singapura juga disenaraikan di tangga teratas dalam Indeks Modal Insan Bank Dunia.



"Kita dapat mencapai ini bukan dengan membelanjakan duit paling banyak dalam pendidikan dan jagaan kesihatan, tetapi dengan memaksimumkan nilai perbelanjaan kita, menjadikan setiap dolar yang dibelanjakan itu berharga.



"Tapi pastinya, ibu bapa dan guru juga melakukan yang terbaik untuk menyokong pelajar kita," ujarnya lagi.



DPM Heng turut menambah sedang negara melaburkan lebih banyak dalam pendidikan dan mengembangkan sektor universiti, lebih banyak kepelbagaian dan laluan juga ditawarkan bagi para pelajar agar dapat memenuhi kekuatan dan minat mereka.



Sementara itu, dua hadiah endowmen dengan jumlah keseluruhan bernilai $4 juta turut diumumkan semalam bagi menawarkan lebih banyak sokongan kepada pelajar SUTD yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah.



Ini bagi memastikan pelajar dapat meraih pendidikan tinggi yang dimampui.



SUTD juga mengumumkan satu biasiswa baru - Biasiswa Kecemerlangan Global SUTD - yang menawarkan geran sebanyak $15,000 bagi yuran tuisyen program possiswazah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >