Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendingin baru Home Team Academy bantu jimat $300,000 setahun

Feb 23, 2021 | 05:30 AM



USAHA memastikan matlamat kemampanan dicapai dalam sektor awam dibantu dengan penggunaan alat pendingin yang kurang melepaskan gas rumah hijau sepertimana yang dilakukan di Home Team Academy (HTA) dua tahun lalu.



HTA menggunakan dua alat pendingin dengan potensi pemanasan iklim yang rendah untuk penghawa dingin sejak Mac 2019.



Ia juga telah memasang pendingin yang lebih jimat tenaga dengan kapasiti yang lebih kecil, menurut jurucakap HTA.



Menurut laporan The Straits Times, tiga pendingin baru itu membantu menjimat tenaga sekitar 1.5 juta kWH dalam setahun, sama seperti penggunaan elektrik oleh 350 unit flat HDB empat bilik dan menjimat sebanyak $300,000 setahun.



Demikian menurut pakar pembinaan dan infrastruktur HTA dari Agensi Sains dan Teknologi Home Team, Encik Zulfadhli Fahim Suratman.



Tiga pendingin yang dipasang di HTA itu menelan belanja sekitar $3 juta sementara pendingin sebelum ini yang dipasang pada 2005 menelan belanja $6 juta.



Perubahan itu merupakan sebahagian daripada rancangan lebih luas ke arah matlamat jangka panjang negara untuk mencapai pelepasan sifar bersih secepat mungkin.



Penggunaan alat penghawa dingin dan perkakas pendingin menyumbang kepada pelepasan hydrofluorocarbons, gas rumah hijau yang menangkap lebih banyak haba di planet berbanding karbon dioksida.



Bahan pendingin dengan potensi pemanasan iklim rendah boleh membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau di Singapura.



Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata selain HTA, Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan Politeknik Temasek (TP) merupakan antara bangunan yang akan menggunakan pendingin dengan potensi pemanasan iklim rendah sebelum penggunaannya diwajibkan pada 2022.



MND akan menggantikan tiga unit pendingin akhir tahun ini, manakala TP akan menggantikan lima unit.



"Sebagai kampus yang menyediakan keperluan latihan bagi pegawai seluruh Home Team, HTA sedar akan kesan positif yang kami boleh lakukan melalui inisiatif kemampanan persekitaran," kata pembantu pengarah kanan HTA, Encik Lim Guan Seng.



"Pilihan mesra alam yang dibuat HTA dan pegawai yang berlatih di HTA setiap akan meninggalkan kesan yang mendalam," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >