MENTERI Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam semalam berkata beliau berbesar hati Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan pemimpin Muslim lain mengeluarkan kenyataan menjelaskan pendirian berkenaan isu imam yang dilaporkan mengeluarkan kata-kata kurang sensitif.
Beliau sekali lagi menekankan pendirian pemerintah yang akan mengambil tindakan tegas jika sesiapa didapati melakukan kesalahan menggunakan dakwah agama untuk menggalak keganasan.