Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk berbilang kaum hadiri sesi dialog Israel-Palestin di Nee Soon

Nov 12, 2023 | 07:39 PM



Lebih 100 orang menghadiri sesi dialog tentang isu Israel-Palestin yang diadakan di Kelab Masyarakat Nee Soon Central pada Sabtu.

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang juga Anggota Parlimen GRC Nee Soon, dalam satu kiriman Facebook pada Ahad berkata idea bagi dialog itu timbul selepas pelancaran kempen pengumpulan dana Nee Soon untuk membantu menghantar bantuan kemanusiaan kepada orang awam di Gaza dua minggu lalu.

“Kami mahu menyediakan ruang selamat untuk penduduk terlibat dalam dialog yang sihat, berkongsi keprihatinan mereka dan mengumpul maklum balas.

“Ia juga merupakan satu cara untuk membantu memperjelaskan sebarang pertanyaan terutamanya dengan (penyebaran) maklumat salah yang berlaku di media sosial,” kata Dr Faishal tentang sesi itu yang dihadiri penduduk pelbagai kaum, menunjukkan semangat Singapura dan kemanusiaan yang dikongsi bersama.

Beliau menambah adalah sukar untuk cuba dan memahami kengerian dan penderitaan orang-orang yang tidak bersalah di kedua-dua pihak.

Keadaan itu dijadikan lebih rumit dalam konteks sejarah ribuan tahun.

“Tidak semua kami mungkin mempunyai pendapat yang sama, tetapi malam tadi kami berada dalam bilik yang sama, disatukan oleh pendekatan bercakap dengan satu sama lain, dan mengadakan dialog terbuka.

“Keterbukaan dan pemahaman budaya dan latar belakang satu sama lain inilah yang membina fabrik berbilang kaum di Singapura,” katanya.

Usaha mengumpul dana bagi sokongan kemanusiaan kepada mangsa ketegangan antara Israel dengan kumpulan Hamas itu berlangsung hingga 30 November.

Semua derma yang dikumpul hingga 31 Oktober disalurkan kepada Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) sementara baki derma hingga hujung November akan diderma kepada Pertubuhan Palang Merah Singapura (SRC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >