Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk kini boleh nikmati kehijauan Sungei Tampines

Jul 31, 2022 | 05:30 AM



KEHIJAUAN indah menjadi santapan mata buat penduduk Tampines setelah kerja-kerja naik taraf Sungei Tampines siap dan dibuka secara rasmi semalam.



Projek peningkatan di bahagian hulu Sungei Tampines sepanjang 1.4 kilometer - dari Tampines Avenue 7 hingga Ekspreswe Tampines (TPE) - mula dinaik taraf bagi memenuhi keperluan estet HDB baru di Tampines North.



Laluan air tersebut telah diluaskan untuk meningkatkan kapisitinya sebanyak 30 peratus supaya dapat menampung lebih banyak air ribut secara berkesan.



Ini sekali gus mempertingkat perlindungan kawasan sekeliling laluan Sungei Tampines daripada banjir sekiranya hujan ribut berlaku.



Di bawah program Perairan Aktif, Cantik dan Bersih (ABC) agensi air negara PUB, terusan konkrit diubah menjadi sungai semula jadi, dan ruang masyarakat serta kemudahan riadah baru yang dibina untuk penduduk. Ketersambungan kawasan itu yang menghubungkan Tampines Eco Green juga dipertingkat.



Sungei Tampines merupakan laluan air sepanjang 3.3km menuju ke laut yang mengalir dan melalui estet perumahan Tampines dan Pasir Ris.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >