Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk kondo adu bau busuk, kedudukan tong sampah projek BTO diubah

May 13, 2023 | 05:30 AM



PENDUDUK sebuah kondominium di Yishun telah mengetengahkan isu bau busuk berkaitan pusat tong sampah satu projek Bina Ikut Tempahan (BTO) Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang sedang dalam pembinaan.



Maklum balas mereka mendorong HDB menukar orientasi pusat tong sampah itu dan membina jalan masuk akses baru buat trak sisa sampah untuk mengalihkannya dari kondominium Skies Miltonia.



Dalam satu rangkaian e-mel yang diperoleh The Straits Times (ST), 66 pemilik rumah menandatangani petisyen dan menyerahkannya kepada wakil HDB dan Anggota Parlimen (AP) mereka, Encik Derrick Goh (GRC Nee Soon), pada 21 Mac supaya memindahkan sistem pengangkutan sisa pneumatik (PWCS) pusat tong bagi projek BTO Miltonia Breeze @ Yishun.



HDB memberitahu ST bahawa ia telah bekerjasama dengan Encik Goh dan pemimpin akar umbi untuk melibatkan Rangkaian Penduduk Miltonia dan penduduk Skies Miltonia mengenai kebimbangan mereka.



Rangkaian penduduk itu merangkumi penduduk di tiga kondominium berdekatan: Skies Miltonia, The Shaughnessy dan The Miltonia Residences.



Untuk menangani kebimbangan mereka, HDB akan menukar orientasi pusat tong sampah PWCS itu menjauhi Skies Miltonia, dan menyediakan jalan akses tambahan ke pusat itu melalui Yishun Avenue 1.



Ia juga akan memanjangkan saluran ekzos PWCS supaya lokasi pelepasan akan lebih jauh dari kondominium itu.



HDB akan membangunkan lebih banyak landskap seperti menanam kehijauan padat dan berlapis agar pusat tong sampah dan jalan akses itu sukar dilihat dari Skies Miltonia, dan berfungsi sebagai penampan akustik tambahan serta meningkatkan estetika kemudahan itu.



Ini termasuk menyediakan bumbung hijau untuk "melembutkan kesan visual buat penduduk Skies Miltonia yang tinggal di tingkat lebih tinggi".



Projek BTO sebanyak 1,334 unit itu dilancarkan pada November 2022 dan dianggarkan siap pada Jun 2029.



HDB berkata pusat tong sampah di projek BTO itu terletak 32 meter dari blok kediaman terdekat di Skies Miltonia, dengan gelanggang tenis kondominium, tanam-tanaman dan jalan masuk akses terletak antara mereka.



Ia menambah bahawa jarak itu berada dalam perancangan biasa dan mematuhi keperluan peraturan.



Encik Goh berkata rangkaian penduduk itu telah mengadakan tiga pertemuan dengan HDB untuk menangani kebimbangan penduduk, yang terbaru pada 6 Mei.



Beliau memberitahu ST: "Saya faham keperluan membina lebih banyak BTO HDB di kawasan Miltonia memandangkan permintaan perumahan kukuh di Singapura yang kekurangan tanah.



"Ini bermakna kita akan hidup lebih rapat, jadi saya harap penduduk kondominium kita akan menerima pembangunan baru ini dan saya berterima kasih atas kesabaran dan pemahaman mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >