PENDUDUK Paya Lebar Way semakin berwaspada dalam melindungi keluarga mereka daripada digigit nyamuk.
Ini menyusuli laporan bahawa 26 lagi kes jangkitan virus Zika dari dalam negara disahkan kelmarin, dengan lima daripada mereka yang dijangkiti menetap atau bekerja di Paya Lebar Way atau Kallang Way.