BAHAS BELANJAWAN 2018
Penduduk Sembawang bakal nikmati kemudahan hab sukan, masyarakat bersepadu baru
Mar 09, 2018 | 05:30 AM
SEBUAH hab sukan dan masyarakat bersepadu baru di Sembawang dan dua padang permainan baru Daerah Tasik Jurong dan Yan Kit akan disediakan dalam beberapa tahun mendatang, umum Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu, di Parlimen semalam.
Usaha tersebut adalah sebahagian daripada Pelan Induk Kemudahan Sukan bagi mempertingkat dan memperluaskan akses kepada sukan buat rakyat Singapura.