Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: WIRA TANPA SANJUNGAN

Penerima anugerah yakin lebih ramai pemimpin Melayu akan jadi teladan pelbagai bangsa

Relawan aktif terima Anugerah Jasa Bakti, pengiktirafan tertinggi dari 4PM dalam anugerah tahunan penghargaan relawan Seramai 23 relawan telah diiktiraf dengan lima kategori anugerah oleh Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) dalam satu majlis pengiktirafan relawan di Changi Cove pada 4 Februari lalu. Anugerahnya adalah Anugerah Relawan Baharu, Anugerah Penghargaan Relawan, Anugerah Relawan Pembimbing, Anugerah Relawan Setia dan Anugerah Jasa Bakti. Turut merasmikan acara itu adalah Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.
Feb 13, 2022 | 05:30 AM



NIAT murninya untuk memberi semula kepada masyarakat adalah antara sebab utama beliau tampil menjadi relawan bersama Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM).



Penglibatan Encik Muhd Danish Mohd Hisham dalam 4PM bermula empat tahun lalu dalam siri yang dipanggil 'Santai' oleh Jawatankuasa Penglibatan Masyarakat (CEC) 4PM.



Sejak itu, beliau lebih terdorong dan terus menyumbang masa dan tenaga untuk membantu masyarakat Melayu khususnya belia.



Di bawah program itu, Encik Danish mendapati bahawa ia adalah satu wadah yang hebat sebagai seorang relawan untuk menangani beberapa cabaran yang dihadapi belia Melayu.



"Jawantakuasa itu telah berikan lebih tumpuan kepada kumpulan yang fokus mengenai perbincangan kemahiran kepimpinan.



"Pada 2018, saya baru sahaja masuk universiti dan saya merasakan tanggungjawab yang besar sebagai belia Melayu untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.



"Saya dikenalkan kepada 4PM dan memilih pertubuhan itu untuk terus menjadi relawan kerana 4PM mempunyai sejarah yang kaya dengan penglibatannya dalam pelbagai kegiatan,'' kata pekerja perkhidmatan awam itu.



Mengulas lebih lanjut akan sebabnya, Encik Danish akur bahawa menjadi sukarelawan bukan hanya memberi bantuan tradisional di mana habuan diagihkan kepada yang lebih memerlukan, membantu atau menemani warga emas.



"Saya dapat lihat bahawa belia Melayu dapat digerakkan untuk memberi kesan positif kepada masyarakat.



"Saya membayangkan masa depan di mana kita dapat mempengaruhi penggubal dasar dan menjadi contoh teladan bagi anak-anak Melayu yang lebih muda," jelas anak sulung dua beradik itu.



Wawasan beliau untuk masyarakat Melayu amat mengagumkan dan beliau telah dianugerahkan Anugerah Penghargaan Relawan oleh 4PM.



"Saya tidak pernah mengharapkan apa-apa dan segala yang dilakukan tulus dan ikhlas. Seperti ramai, saya ingin masyarakat Melayu lebih berjaya dan mencapai lebih kejayaan," ujarnya.



Walaupun masa semakin suntuk sejak beliau bekerja sepenuh masa, beliau masih mencari waktu untuk menyumbang kepada 4PM kerana menurutnya, terdapat banyak isu dalam kalangan belia yang boleh dibantu.



Antara yang disebut adalah isu kesihatan mental dan kemahiran kepimpinan.



Semangat dan dedikasi Encik Danish amat terserlah. Beliau akan menjadi pengerusi bagi kempen tahunan 4PM, Roda-roda Ramadan, menjelang bulan puasa nanti.



"Saya harap lebih ramai belia akan tampil menjadi relawan. Kini terdapat banyak wadah dalam talian untuk membantu mengikut kebolehan dan keupayaan masing-masing



"Saya juga harap dan percaya pada masa depan, kita akan dapat melihat lebih ramai pemimpin Melayu yang menjadi teladan bagi semua bangsa," tambah beliau.




"Saya harap lebih ramai belia akan tampil untuk menjadi relawan. Kini terdapat banyak wadah dalam talian untuk membantu mengikut kebolehan dan keupayaan masing-masing. Saya juga harap dan percaya pada masa depan, kita akan dapat melihat lebih ramai pemimpin Melayu yang menjadi teladan bagi semua bangsa."

- Encik Muhd Danish Mohd Hisham.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >