Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penerima Biasiswa Presiden gemar bantu masyarakat

Aug 16, 2019 | 05:30 AM



PERTEMUANNYA dengan seorang penghuni rumah tumpangan kanak-kanak tidak berapa lama dahulu menguatkan azam Encik Muhammad Dhafer Muhammad Faishal untuk membantu kanak-kanak lain yang mengalami nasib yang sama.



Kanak-kanak perempuan itu, yang berasal daripada latar belakang keluarga pelbagai masalah, bijak dan berminat pada Matematik. Namun dia kurang berkeyakinan diri dan mengalami cabaran berkongsi pandangannya.



"Pengalaman itu memberitahu saya bahawa setiap kanak-kanak berpotensi untuk berjaya dan sokongan sosial yang diberikan pelbagai pihak sedikit sebanyak boleh mengisi jurang sokongan yang tidak dapat dipenuhi keluarga kanak-kanak itu," kata Encik Dhafer.



"Bagi saya, sokongan keluarga yang kuat begitu penting bagi membantu seorang kanak-kanak mencapai potensi, namun ada kalanya keluarga, atas sebab-sebab tertentu tidak berkemampuan memenuhi peranan itu.



"Satu cara individu boleh tampil dan membantu kanak-kanak itu mencapai potensi, adalah dengan menyumbang tenaga sebagai relawan di pertubuhan-pertubuhan relevan, misalnya," tambahnya.



Encik Dhafer, bekas pelajar Raffles Institution (RI) berusia 19 tahun, antara empat penerima Biasiswa Presiden 2019 - biasiswa paling berprestij yang diberikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) setiap tahun.



Penerima Melayu sebelum ini ialah Encik Adil Hakeem Mohamad Rafee, yang menerima biasiswa itu pada 2012, dan Encik Mohamed Ismail Ibrahim yang meraihnya pada 1968.



Bersikap rendah hati, Encik Dhafer berkata pencapaian itu bukan sahaja miliknya, malah juga milik masyarakat Melayu/Islam di sini.



Namun dengan nada lebih serius, beliau berkata bahawa masyarakat akan lebih berbangga jika ia mampu bergotong-royong untuk membantu setiap anggotanya berjaya.



Tinggi lampai, berkaca mata bingkai hitam dan mudah tersenyum, semangat yang dijiwai Encik Dhafer untuk berkhidmat kepada masyarakat menonjol dalam wawancara di pejabat PSC di bangunan Perpustakaan Negara kelmarin.



Encik Dhafer, yang mendapat gred 'A' bagi semua tujuh subjek dalam peperiksaan GCE peringkat 'A' tahun lalu, berkata beliau mula menjadi sukarelawan sejak menceburi kelab bahas di sekolah menengah.



Antara lain, Encik Dhafer, yang turut berminat membaca buku dan membelek-belek peta, membimbing pelajar lain yang minat berbahas.



Semasa menuntut di maktab rendah, Encik Dhafer menyertai Kelab Interact yang memberinya peluang menjadi relawan secara lebih rasmi. Beliau mula mengajar penghuni di Rumah Tumpangan Kanak-Kanak Pertapis di mana beliau terus memupuk semangat membantu kanak-kanak.



Menurut Encik Dhafer, yang gemar membaca buku bukan cereka, beliau juga menjadi sukarela kerana dipengaruhi ibu bapanya yang mendorong beliau menyumbang kepada masyarakat.



Bapanya, Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, sering berkongsi pengalaman bertemu penduduk di Sesi Bertemu Penduduk, kata Encik Dhafer.



Ibunya pula mendewasa sebagai yatim piatu dan dijaga oleh saudara mara. Beliau mempunyai seorang kakak berusia 23 tahun.



Pemimpin akar umbi dan relawan lain yang membantu bapanya juga menambah kesedaran tentang peri penting menjadi sukarelawan dan menyumbang kepada masyarakat, tambah beliau.



Encik Dhafer, yang telah mendapat kebenaran Kementerian Pertahanan (Mindef) untuk menangguh Perkhidmatan Negara (NS) sehingga pengajiannya lengkap akan berangkat ke California bulan depan.



Beliau akan menunut di Universiti Stanford - antara universiti berprestij di Amerika Syarikat.



Di sana, beliau akan mengikuti program Liberal Arts atau Sastera Bebas yang antara lain merangkumi bidang seperti Sejarah, Sosiologi dan Sains Politik.



Menurut Encik Dhafer, beliau memilih program itu kerana ia memberinya ruang untuk menceburi pelbagai bidang dan ia boleh memperluas pandangannya.



Beliau juga memilih Stanford kerana institusi itu mempunyai program data analitik dan sains komputer yang kuat - bidang sokongan yang begitu penting dalam usaha membentuk dasar, terutama dalam landskap ekonomi yang sedang berubah kini, katanya.



"Bagi saya sains data membuka peluang bagi kita membentuk dasar yang lebih bermakna bagi warga, menggunakan maklumat yang relevan dan menambah pemahaman terhadap keperluan warga," kata Encik Dhafer.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >