Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Penerima Skim Bantuan Dana Kemajuan Madrasah hargai sokongan

Apr 23, 2022 | 06:58 AM



SEJAK berusia empat tahun, ibu bapa Aazad Rizqi Muhammad Rizal sudah mendidiknya dengan bacaan kitab suci Al-Quran.



Kata Aazad, hampir setiap hari bapanya akan membimbingnya menghafal satu ayat demi satu ayat.



Pendedahan Aazad, kini 10 tahun, kepada Al-Quran sejak usia setahun jagung telah menanam minatnya untuk membaca dan menghafal kitab suci itu.



Dia kini mampu menghafal dari surah al-Baqarah hingga ke surah at-Takwir.



Malah, selain Matematik, Al-Quran merupakan mata pelajaran kegemaran Aazad di madrasahnya.



Sehingga hari ini, bapanya terus membimbing Aazad membaca dan menghafal Al-Quran selepas solat maghrib.



Mengulas tentang peluang belajar di madrasah, murid darjah lima di Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah itu berkata:



"Saya suka belajar di sini (madrasah) sebab ada pelajaran ukhrawi dan saya suka aktiviti kokurikulum saya, iaitu Kelab Robotik."



Selain itu, Aazad juga minat subjek Matematik dan gemar menyelesaikan masalah matematik berayat.



Menurut Aazad, dia mengambil lapan subjek termasuk Bahasa Inggeris dan Melayu, Matematik, Sains, serta bahasa Arab, Al-Quran, Tarbiah dan Pendidikan Jasmani.



Sejak darjah satu, Aazad telah mendapat markah sekurang-kurangnya 70 peratus bagi semua mata pelajarannya itu.



Memandangkan dia bakal menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun depan, Aazad berkata dia perlu berusaha lebih gigih.



"Saya ada tuisyen di dalam talian melalui aplikasi video, Zoom, pada setiap Rabu dan Sabtu," kata Aazad.



Sebagai seorang pemimpin pelajar, Aazad juga berharap kemahiran kepimpinannya, selain prestasi pelajaran yang baik, dapat membantunya melanjutkan pengajian peringkat menengah di Madrasah Aljunied Al-Islamiah.



Dalam memperkukuhkan iltizamnya sendiri, Aazad juga amat berterima kasih kepada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



"Saya berterima kasih kerana menerima banyak bantuan, terutama daripada dana zakat yang disumbangkan masyarakat,'' ujarnya.



Ini kerana Aazad merupakan antara penerima Skim Bantuan Dana Kemajuan Madrasah (Promas) sejak di darjah satu.



Skim kendalian Muis itu bertujuan membiayai keperluan madrasah sepenuh masa seperti yuran, kos pengangkutan, makanan serta program-program pengayaan khusus bagi pelajar daripada keluarga penerima zakat, atau keluarga yang memerlukan.



Menurut anak sulung dua beradik itu, ibunya seorang suri rumah, manakala bapanya pula sakit angin ahmar. Ia menyebabkan tangan dan kaki kiri bapanya lumpuh.



Meskipun begitu, ibu bapanya cekal mencari rezeki dengan menjual produk makanan beku.



"Sebelum bapa saya jatuh sakit dahulu, kami selalu main bola sepak bersama jiran kami.



"Sekarang, kami masih meluangkan banyak masa bersama. Bapa akan mengulang kaji subjek ukhrawi bersama saya pada waktu malam dan kadangkala, kami buat aktiviti bersama," kata Aazad sambil tersenyum.




"Saya berterima kasih kerana menerima banyak bantuan, terutama daripada dana zakat yang disumbangkan masyarakat.''
- Aazad Rizqi Muhammad Rizal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >