Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

WADAH DALAM TALIAN TARIK BELIA KE PROGRAM AGAMA

Pengajian perlu hubungkan kehidupan, pengalaman pelajar

Pergas, Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri dan Muhammadiyah kekal relevan di mata masyarakat, terutama generasi muda
Feb 07, 2022 | 05:30 AM



DAKWAH atau usaha menarik minat anggota masyarakat mendalami agama perlu disesuaikan mengikut konteks serta keperluan.



Justeru, meskipun dianggap 'veteran' dalam sektor keagamaan, pendekatan pertubuhan Islam tidak mungkin berjaya jika ia tidak mampu kekal relevan di mata masyarakat, terutama generasi muda.



Menekankan demikian, jurucakap badan-badan keagamaan yang sudah lama menyediakan khidmat pembelajaran Islam berkata meskipun kandungan pengajian Islam tetap berasaskan apa yang terkandung dalam Al-Quran, sunah dan tradisi keilmuan, ia perlu mengandungi unsur-unsur yang membolehkan pelajar menghubungkaitkannya dengan kehidupan dan pengalaman mereka.



Golongan belia juga lebih tertarik kepada program yang mampu melengkapkan mereka dengan keupayaan menyumbang kembali kepada masyarakat dan memainkan peranan dalam dialog silang agama, terutama dalam konteks kehidupan di Singapura, menurut Eksekutif Kanan Kepimpinan Agama di Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Muhammad Shibly Saptu.



Katanya, dua unit di Pergas ditubuhkan bagi menumpukan perhatian kepada usaha membentuk struktur pengajian dan latihan berdasarkan keperluan belia iaitu Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP) dan Young Asatizah Assembly (YAA).



IPIP menyediakan program pengajian Islam komprehensif bagi pelajar berusia 16 tahun ke atas, termasuk di peringkat Sijil Pengajian Islam, Sijil Lanjutan Pengajian Islam, dan Diploma Pengajian Islam.



YAA merupakan unit di bawah Jabatan Kepimpinan Agama yang menyediakan program bagi pelajar madrasah dan mahasiswa univeristi Islam.



"Belia kini lebih terdedah kepada pelbagai jenis kandungan dan maklumat, dan kita perlu mendekati dan membimbing mereka untuk menghadapi isu-isu tersebut," kata Ustaz Muhammad Shibly.



Sementara itu, IPIP juga kini mengkaji dan menilai potensi serta keperluan belia dalam pembentukan programnya, tambah beliau.



Kerelevanan kandungan pengajian Islam juga penting dalam memastikan ia dapat menarik perhatian belia dan membantu mereka membentuk perspektif yang boleh dikaitkan dengan pengalaman sendiri, kata Pengarah Eksekutif, Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri, Ustaz Mas'udin Syarifuddin.



"Antara ciri program yang dapat menarik penyertaan adalah program yang dapat memberikan jawapan terhadap pertanyaan pelajar yang dapat membantu mereka lebih faham, menghayati dan mengamalkan ajaran agama.



"Ini memerlukan kandungan pengajian yang diolah oleh pensyarah agar dapat lebih menarik minat dengan melibatkan pelajar dalam perbincangan yang menyentuh pengalaman mereka sendiri," katanya.



Bagi memastikan progamnya kekal memenuhi keperluan pelajarnya, Al-Zuhri - yang antara lain menyediakan program pengajian Islam meliputi diploma, sarjana muda dan pos siswazah - akan memastikan kurikulumnya diselaraskan dengan keperluan pengajian masa kini dan mengasah kemahiran pensyarah agar dapat menyampaikan modul dengan lebih menarik, kata Ustaz Mas'udin.



Sementara itu, Pegawai Dakwah Muhammadiyah (Pembangunan Belia), Ustaz Muhammad Hafiz Zainul, berkata terdapat peningkatan pada jumlah peserta bagi program belia yang dianjurkan, termasuk kursus dalam talian, bengkel dan siaran langsung di media sosial yang menyentuh tentang topik yang dekat di hati belia seperti kesihatan mental dan hal kewangan.



Menurutnya, keupayaan badan seperti Muhammadiyah menyesuaikan pendekatannya dan beralih ke dalam talian membuka peluang menyampaikan dakwah kepada lebih ramai orang.



"Dalam usaha memupuk nilai Islam dalam diri anggota masyarakat, kita perlu pandai menyesuaikan pendekatan kita dan terus memastikan ia relevan. Ini selaras dengan cara pemikiran belia dan keprihatinan mereka.



"Kami percaya 'terus menjalani perubahan' merupakan ciri tetap dakwah," kata beliau.




BELIA PERLU DIDEKATI, DIBIMBING HADAPI ISU



"Belia kini lebih terdedah kepada pelbagai jenis kandungan dan maklumat, dan kita perlu mendekati dan membimbing mereka untuk menghadapi isu-isu tersebut."

- Ustaz Muhammad Shibly Saptu, Eksekutif Kanan Kepimpinan Agama di Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas).



APAKAH CIRI YANG DAPAT MENARIK MINAT BELIA?



"Antara ciri program yang dapat menarik penyertaan adalah program yang dapat memberikan jawapan terhadap pertanyaan pelajar yang dapat membantu mereka lebih faham, menghayati dan mengamalkan ajaran agama.



Ini memerlukan kandungan pengajian yang diolah oleh pensyarah agar dapat lebih menarik minat dengan melibatkan pelajar dalam perbincangan yang menyentuh pengalaman mereka sendiri."

- Ustaz Mas'udin Syarifuddin, Pengarah Eksekutif, Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >