Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengalaman pakar terapi Melayu dibukukan

Jun 03, 2022 | 07:30 PM



BILA sebut tentang ‘tukang urut’, mungkin sebilangan orang menganggapnya sebagai pekerjaan yang hanya dilakukan sebagai ‘hobi’ atau untuk mengisi waktu lapang. 

Ini meskipun tugas yang dilakukan berkait rapat dengan sains pemulihan kesihatan dan memerlukan seseorang yang berdedikasi dan serius dalam mendalami pengetahuan serta kepakaran yang diperlukan, sama seperti tugas seorang pakar terapi biasa. 

Khidmat tukang urut atau karyawan terapi Melayu telah mula sejak dahulu dan kini terus berkembang, namun, bidang tersebut kurang menarik perhatian orang ramai, menurut tukang urut dan pemilik Bodicaire Therapy, Haji Abdul Latiff Ahmad. 

Justeru, beliau memutuskan untuk bekerjasama dengan 22 tukang urut tempatan lain untuk membukukan pengalaman mereka dalam antologi berjudul ‘Urutan Kontemporari Terapis Melayu Singapura’ yang ditulis mantan wartawan Berita Harian (BH), Encik Saini Salleh. 

Buku itu diharap dapat memaparkan bidang urut Melayu yang masih ‘hidup’ di samping memberi harapan bahawa ia legasi yang boleh diwarisi dan terus dibangunkan, terutama sekali di kalangan generasi lebih muda, kata Haji Abdul Latiff. 

Tambahnya, melalui perkongsian dalam buku itu pembaca dapat mengenali siapa di antara tukang urut yang aktif di Singapura dengan lebih dekat lagi. 

“Buku ini seperti peninggalan untuk generasi muda terutama sekali mereka yang hendak berkecimpung dalam bidang ini. Ia mengandungi pahit maung pengalaman (pakar terapi) semasa menjalankan rawatan. 

“Ia diharap dapat menjadi salah satu khazanah ilmuan dalam bidang ini untuk generasi akan datang,” katanya semasa dihubungi Berita Harian. 

Haji Abdul Latiff, yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang urut, berkata ilham bagi penerbitan buku tersebut timbul melalui perbincangan yang diadakan dengan anggota Persatuan Perubatan Warisan Melayu lain, kumpulan yang ditubuhkan bagi menyediakan wadah meningkat kerjasama untuk memajukan bidang tersebut serta mempertingkat kemahiran bersama melalui seminar, kursus dan bengkel yang diadakan. 

Buku tersebut juga memaparkan bidang kepakaran berbeza, termasuk bidang urutan tradisional Melayu, bekam, lepas bersalin, dan akupuntur. 

‘Urutan Kontemporari Terapis Melayu Singapura’ boleh didapatkan semasa acara pelancaran yang akan diadakan di Perpustakaan Woodlands pada Sabtu (4 Jun) , 11 pagi. Ia juga boleh dipesan melalui 96774027. Setiap naskhah berharga $29.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >