Pengamal bekam ekstrem dipercayai belajar melalui buku semata
Pengamal bekam bertauliah pula punya sijil daripada institusi atau sekolah latihan bekam kebanyakannya di Malaysia dan Indonesia
Apr 03, 2015 | 05:30 AM
PENGAMAL bekam yang dikatakan melakukan bekam ekstrem sehingga memudaratkan pelanggan dipercayai tidak mempunyai sebarang tauliah, seperti belajar terapi tersebut menerusi pembacaan buku dan pengalaman saja.
Niat pengamal itu menawarkan khidmat bekam atau hijamah itu sekian lama mungkin baik tetapi itu tidak bermakna apa yang beliau lakukan itu betul.