Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengamat: Model pekerjaan baru perlu dipertimbang bagi pekerja 'gig'

Feb 21, 2022 | 05:30 AM



SATU model pekerjaan baru mungkin perlu dipertimbangkan bagi pekerjaan 'gig', mengambil kira fleksibiliti yang dinikmati pekerja sekarang, pada masa yang sama melindungi hak mereka.



Pakar dan pemerhati berkata keseimbangan antara fleksibiliti dan hak pekerja itu penting, sedang pemerintah kini meninjau cara untuk memperkukuh sokongan bagi pekerja 'gig', khususnya yang menggunakan platform dalam talian.



Satu Jawatankuasa Penasihat mengenai Pekerja Platform kini mengkaji cara untuk memperkukuh sokongan bagi memenuhi keperluan persaraan dan perumahan golongan pekerja tersebut.



Seorang anggota jawatankuasa tersebut, Cik Yeo Wan Ling, yang juga Anggota Parlimen gerakan pekerja, akur terhadap pentingnya membantu syarikat platform mencapai keseimbangan antara fleksibiliti dan perlindungan bagi pekerja platform.



"Adalah penting bagi kami membantu syarikat platform melihat cara mereka boleh membantu dengan semacam bentuk sumbangan dari mereka untuk pekerja, tetapi pada masa yang sama, mengimbangi apa yang mendorong pekerja platform untuk menjadi pekerja platform iaitu fleksibiliti," kata Cik Yeo, yang juga AP GRC Pasir Ris-Punggol.



Dalam hal ini, beliau berkata penting juga untuk melihat 'pakej keseluruhan' pekerja platform, yang biasanya digelar syarikat platform sebagai rakan kerja.



"Seperti yang kita ketahui, banyak platform menetapkan cara bekerja tertentu. Memang ada fleksibiliti yang dikaitkan dengannya tetapi platform juga mungkin mempunyai sistem faedah yang baik serta tindakan denda ke atas rakan kerja berkaitan khidmat tertentu," kata Cik Yeo kepada Berita Harian.



Pakar ekonomi Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Profesor Madya Walter Theseira, pula berkata beberapa negara kini mempertimbangkan kategori baru model pekerjaan bagi pekerja yang bukan kakitangan di bawah majikan, mahupun pekerja bebas sepenuhnya.



"Model itu akur bahawa terdapat pekerja yang perlukan atau mahukan lebih banyak fleksibiliti daripada yang ditawarkan di bawah aturan pekerjaan tradisional.



"Model tersebut turut akur pekerja ini memerlukan satu tahap perlindungan dan faedah," ujar Profesor Madya Theseira.



Tambahnya, ini disebabkan keprihatinan tentang pekerja bebas yang mungkin meraih pendapatan lebih rendah.



Menjawab pertanyaan BH, syarikat platform seperti Deliveroo, foodpanda dan Grab, berkata mereka sedang bekerjasama dengan pemerintah untuk mempertimbangkan cara terbaik untuk membantu pekerja, sambil mengekalkan aspek fleksibiliti.



Pengarah urusan Grab Singapore, Encik Yee Wee Tang, berkata: "Kami telah giat bekerjasama dengan Kementerian Tenaga Manusia dan Jawatankuasa Penasihat, dan kami telah berkongsi maklum balas bahawa terdapat peluang di Singapura untuk meneroka perlindungan yang menjaga rakan kerja kami tanpa perlu menubuhkan model pekerja-majikan dengan mereka."



Pada September lalu, penasihat jawatankuasa penasihat itu, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Kesihatan), Dr Koh Poh Koon, tidak menolak kemungkinan ada perubahan perundangan untuk memberi sokongan lebih baik kepada golongan pekerja platform.



Namun, beliau juga berkata pihaknya ingin memastikan langkah tersebut tidak "terlalu mengubah pasaran, dan untuk mengekalkan sebahagian daripada fleksibiliti yang diinginkan kededua pengendali platform dan pekerja".




"Adalah penting bagi kami membantu syarikat platform melihat cara mereka boleh membantu dengan semacam bentuk sumbangan dari mereka untuk pekerja, tetapi pada masa yang sama, mengimbangi apa yang mendorong pekerja platform untuk menjadi pekerja platform iaitu fleksibiliti."
- Cik Yeo Wan Ling, salah seorang anggota Jawatankuasa Penasihat mengenai Pekerja Platform.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >