Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENGAMBILAN MASUK KE SEKOLAH SECARA LANGSUNG (DSA)

Peranan ibu bapa pastikan keseimbangan akademik dengan kemahiran anak

DSA
Sep 05, 2022 | 05:30 AM



IBU bapa perlu mentakrif semula makna kejayaan bagi anak mereka dengan memastikan terdapatnya keseimbangan dan bukan memberikan tumpuan sekadar kepada bidang akademik atau membataskan pendedahan kepada sesesuatu bidang kemahiran sahaja, kata Anggota Parlimen, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, yang juga merupakan anggota Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Pendidikan.



Baginya, ibu bapa tidak seharusnya mempunyai pandangan yang sempit terhadap prestasi dan kejayaan kerana ini akan menyekat pembangunan menyeluruh anak tersebut.



Memberikan komen berhubung manfaat dan kelemahan program Pengambilan Masuk ke Sekolah Secara Langsung (DSA), Dr Wan Rizal berkata skim DSA telah berjaya memberikan laluan kepada pelajar diterima masuk sekolah menengah atau maktab rendah melalui keupayaan mereka dalam kegiatan kokurikular di luar peperiksaan nasional, sekali gus menjadikannya aliran penting bagi mengurangkan tekanan pelajar yang layak, daripada Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) atau peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O'.



"Buat masa ini, saya rasa DSA telah mencapai matlamatnya tetapi saya berharap lebih banyak tempat dapat diperuntukkan kepada skim DSA bagi membolehkan lebih ramai pelajar dapat peluang menerokai laluan yang mereka minati," ujarnya.



Kementerian Pendidikan (MOE) telah menyatakan bahawa bermula tahun ini, lebih ramai pelajar boleh diterima masuk ke sekolah melalui skim DSA dengan tempat bagi maktab rendah pemerintah atau yang dibantu pemerintah dinaikkan daripada 10 peratus kepada 20 peratus daripada bilangan kohort bagi program dua tahun untuk peperiksaan GCE Peringkat 'A'.



Ini di tengah-tengah kenaikan permohonan DSA iaitu daripada 31,400 yang diterima tahun lalu, peningkatan daripada 30,500 pada 2020.



Menjawab pertanyaan Berita Harian, jurucakap MOE berkata bilangan pelajar yang memohon untuk DSA tahun ini masih belum diketahui sepenuhnya kerana latihan DSA masih lagi berlangsung.



Namun, jurucakap MOE itu berkata tahun lalu, hampir 10 peratus atau 3,700 daripada kohort murid darjah enam telah diterima masuk ke sekolah menengah melalui DSA Menengah (DSA-Sec).



Tahun ini, pelajar dan ibu bapa boleh menghantar permohonan kepada 142 sekolah menengah yang menawarkan DSA dalam pelbagai bidang kemahiran.



Di samping itu, selepas dua tahun sesi temu duga dijalankan dalam talian, tahun ini ia disambung semula secara bersemuka, kata MOE.



Ini akan membolehkan pelajar menunjukkan dengan lebih baik lagi kemahiran dan potensi mereka dalam percubaan aliran sukan atau dinilai secara fizikal bagi keupayaan muzikal.



Meski DSA menawarkan laluan alternatif, pengerusi GPC bagi Pendidikan, Encik Patrick Tay, mengingatkan ibu bapa dan pelajar agar berhati-hati dalam pemilihan sekolah menengah dan bidang kemahiran yang sesuai.



Menurutnya, beliau pernah menerima maklum balas pelajar berdepan dengan beberapa cabaran selepas berjaya memasuki sesebuah sekolah menengah melalui skim DSA.



"Saya pernah mendengar kes pelajar yang memasuki sekolah menengah melalui DSA dalam bidang sukan misalnya, mendapati dirinya hilang minat pada sukan tersebut dan merana sepanjang empat tahun di sekolah menengah. Jika berlakunya hal sedemikian, ia bercanggah dengan matlamat yang ditetapkan bagi skim DSA ini.



"Satu lagi, saya terima maklum balas pelajar yang memasuki sesebuah sekolah yang menawarkan Program Bersepadu melalui bidang bukan akademik, mendapati diri mereka terkebelakang kerana tidak dapat mengikut rentak pembelajaran yang lebih padat.



"Ini secara tidak langsung mengakibatkan tahap kepercayaan yang rendah selain menjejas kemajuan mereka ke tahun kelima atau keenam dalam program IP atau tahun pertama dan kedua di maktab rendah," kongsinya.



Justeru, beliau berharap ibu bapa akan terus memberi peluang kepada anak mereka membuat keputusan jika DSA merupakan laluan yang terbaik buat mereka.



Akur, Dr Wan Rizal juga menggesa ibu bapa mengadakan perbincangan yang kerap bersama anak mereka untuk mengetahui paras minat mereka dalam sesuatu bidang itu.



"Baik juga untuk ibu bapa mendedahkan anak mereka kepada pelbagai jenis kegiaan sama ada dalam sukan, seni ataupun Stem seperti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik agar anak sentiasa mempunyai sikap ingin tahu dan ini bagi saya mempunyai kesan jangka masa panjang yang lebih baik untuk si anak bagi pembangunan mereka," katanya lagi. - Laporan tambahan ARNIE YAZREENA YAZID




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >