RAMAI penumpang terpaksa bergantung kepada pengangkutan alternatif untuk pergi ke tempat kerja di hujung barat Singapura, ekoran perkhidmatan kereta api digantung antara stesen MRT Joo Koon dengan Tuas Link.
Perkhidmatan telah digantung sedang pihak berkuasa meneruskan siasatan ke atas kejadian perlanggaran kereta api SMRT di Joo Koon, yang menyebabkan 36 orang cedera, Rabu lalu.