Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penganjur Sesame Street Run terima banyak aduan

Nov 18, 2019 | 10:16 AM



PENGANJUR sebuah acara larian menghadapi pelbagai masalah, termasuk aduan daripada peserta. Laporan polis juga telah dilakukan oleh seorang firma pembekal terhadap penganjur mendakwa mereka gagal melunaskan pembayaran.



Peserta telah meluahkan ketidakpuashati mereka di Facebook mengenai acara Larian Sesame Street Singapura di Our Tampines Hub (OTH).



Mereka mengadu masa menunggu yang lama, arahan yang kurang jelas dari pihak penganjur dan kegagalan menerima barangan  yang telah dijanjikan apabila mereka membayar untuk sertai larian itu.



Cik Chen Wan Ying berkata bahawa terdapat kekurangan aspek keselamatan di larian itu. “Jalan raya tidak ditutup. Pejalan kaki terpaksa kongsi laluan bersama pelari. Pelari terpaksa lari di jalan raya atas risiko mereka sendiri.”



Apabila dihubungi The Straits Times, Encik Aaron Goh, pengasas syarikat pengurusan acara, Heroes, yang menganjur larian ini, menyalahkan kesalahfahaman dengan vendornya.



Sementara itu, polis mengesahkan bahawa laporan telah dilakukan dan siasatan sedang dijalankan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >