DARI MAHKAMAH
Pengarah urusan mengaku gagal periksa pelan struktur hingga sebabkan seorang pekerja maut
Jun 25, 2019 | 05:30 AM
PENGARAH urusan sebuah syarikat pakar runding kejuruteraan gagal memeriksa kiraan reka bentuk dan pelan struktur terperinci sebuah projek binaan sehingga menyebabkan seorang pekerja meninggal dunia apabila sebuah struktur runtuh.
Seorang pekerja warga China, Chen Yinchuan, terkorban, selepas sebahagian struktur jejambat belum siap runtuh di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE).